VISITOR COUNTER

Sunday, February 19, 2017

Anggota EDCRT Jasra

Emergency Disaster Communication Response Team (EDCRT) JASRA, sedang mengemaskini dan mencari keanggotaan sukarelawan. Mana2 pihak yg berminat untok menyertainya, sila hubungi 9W2RSA, Saudara Rosli Saaban (0127744292).

Thursday, February 16, 2017

Foxhunt Uitm Kesastria Endurance Challenge 2017

JASRA telah menghadiri Mesyuarat penyelarasan Program Fox Hunt sempena Uitm Kesatria Endurance Challenge 2017 pada 15/2/17 di UiTM, Jasin, Melaka. Program ini adalah pertama kalinya di perkenalkan didalam kejohanan ini. Program di jangkan dijalankan pada 20-24/5/2017, bertempat di Pusat Pelajar UiTM, Jasin, Melaka. Pameran Radio Amatur, Bengkel Antenna dan aktiviti Fox Hunt akan di laksanakan. Seramai 100 orang peserta dari UiTM seluruh Malaysia di jangka akan terlibat. Rakan2 yg berkelapangan, di undang hadir.

Sarawak Radio Scouting

Semperna *Perhimpunan MOP Pertama dan Hari Pengasas PPMCS* pada 18/2/2017, "Sarawak Radio Scouting" dibantu oleh SARES akan beroperasi di HF/VHF dengan callsign *9M4CHQ / 9M4CSR* di jaluran berikut:
*HF: 40m - 7.035, 7.135 +/-*
*VHF: 2m - 145.250 / 9M4RGS*
*NCS: 9M8DAN / 9M8ST*
*Tarikh: 18/2/2017 (Sabtu)*
*Masa: 9:00a.m. ~ 4:00p.m. (MST)*
Mohon standby dan jemput ikut serta di jaluran untuk memeriahkan acara ini. terima kasih 73.

Monday, February 13, 2017

Progran Hari Radio Amatur

Program Hari Radio Amatur: Pengenalan Kepada Radio Amatur anjuran bersama Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer(FKEKK), Centre of Telecomunication Research and Innovation(CeTRI), UTeM  dan Jalur Selatan Radio Amatur(JASRA) Chapter N. Melaka akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 16-18 Mac 2017
Hari: Khamis - Sabtu
Tempat: Sekitar FKEKK, UTeM

Antara aktiviti yang dirancangkan adalah seperti berikut:
1. Pameran Radio HF, VHF & UHF
2. Demo QSO
3. Seminar Pengenalan Radio Amatur & Tatacara Pengendalian(Jumaat Sesi Petang)
4. Bengkel Antena(Sabtu sesi pagi) & Fox Hunt(Sabtu sesi petang).
Sekian Untuk Makluman
73
Cc: Pengerusi Perhubungan JASRA CM @9W2SFF Rozaiman Suffian
S/U JASRA CM @⁨Zulkarnain 9w2ZTU Melaka⁩
Program Director 9w2LFZ Akmal (Pelajar Tahun Akhir UTeM)

Wednesday, February 1, 2017

Monday, January 23, 2017

Mesyuarat Agong Tahunan Jasra 2017

Mesyuarat Agong Tahunan Jasra 2017 akan diadakan pada jam 11.00 pagi, 11/3/2017, Hari Sabtu, bertempat di Pusat Kommunikasi Bencana Jasra Daerah Kluang JKR 449, Jalan Hospital, Kluang. Kehadiran adalah di hargai.