VISITOR COUNTER

Wednesday, August 10, 2016

PERANAN MARL

Gabungan Persatuan Radio Amatur Malaysia (MARL) adalah satu-satunya Persatuan di MALAYSIA yang mengabungkan kesemua Persatuan / Kelab Radio Amatur / Radio Komunikasi (Ahli Bersekutu), yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Syarat keahlian MARL TIDAK MENERIMA keahlian Individu, yang mana ianya memberi hak mutlak pengundian kepada PERSATUAN / KELAB, dan BUKANNYA kepada INDIVIDU. MARL juga tidak mempunyai niat, maupun berhasrat untuk mengambil alih peranan mana-mana Persatuan / Kelab Radio Amatur di Malaysia, sebagaimana tanggapan setengah pihak. Ianya, hanya untuk menyatukan semua Persatuan / Kelab Radio Amatur, yang telah didaftarkan dengan jumlah yang banyak, dan mengarahkan halatuju yang lebih jelas untuk pembangunan Radio Amatur di Malaysia. Kejayaan MARL didalam menganjurkan Konvensyen Radio Amatur (KRAM) pada tahun 2013 dan 2015, adalah bertujuan untuk membawa arah tuju Radio Amatur di Malaysia kepada satu tahap yang lebih memberansangkan. MARL juga menumpukan pembangunan subjek radio amatur di peringkat IPTA / IPTS dengan kerjasama pihak IPTA / Kementerian terbabit. MARL juga mengambil berat mengenai SOP Pengurusan Komunikasi Bencana di rantau ini, yang mana beberapa Resolusi telah tercapai didalam KRAM 2015. Semuga keterangan ini dapat memberi penjelasan yang lebih cerah kepada pihak-pihak yang meragui peranan MARL. Jika ada pihak yang memerlukan penerangan yang lebih terpericini, sila lah berhubung dengan pihak kami.
Ikhlas dari 9W2HOZ, Presiden, MARL. (019 777 0435 / 016 716 6515 / Emel: 9w2hoz@gmail.com / marlgabungan@gmail.com)

No comments:

Post a Comment