VISITOR COUNTER

Thursday, January 31, 2013

KONVENSYEN RADIO AMATUR MALAYSIA - 25/5/2013 , UKM BANGI


WEBSITE JASRA JOHOR


Website JASRA JOHOR berwajah baru. Layariwww.jasra.org.my untuk mendapatkan maklumat terkini JASRA. Berita-berita juga akan disalurkan melalui jalurselatanradioamaturjohor.blogspot.com, Twitter & FB JASRA JOHOR.

Tuesday, January 29, 2013

MY BEAUTIFUL MALAYSIA - 3/2/2013

KERAJAAN NEGERI MELAKA menjemput RAKAN2 HAM yang berkesudian untuk menghadiri Pelancaran Program MY BEAUTIFUL MALAYSIA PERINGKAT NEGERI MELAKA, pada jam 8.00 pagi, Hari Ahad, 3hb Februari 2013, yang akan di adakan di Padang Asrama Universiti Teknikal Malaysia, Jalan Tun Fatimah, Batu Berendam, Melaka. Program akan dirasmikan secara serentak seluruh Negara oleh YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA pada jam 10.45 pg. Petugas2 kommunikasi adalah di perlukan bagi membantu program tersebut. Rakan-rakan HAM yang berkesudian dan berkelapangan untuk menjadi sukarelawan kommunikasi, sila hubungi 9W2SFF, Saudara Rozaiman Suffian (0196293718).

AGM JASRA JOHOR 2013

Keputusan Mesyuarat AJK JASRA kali 1/2013, Mesyuarat Agung Tahunan JASRA JOHOR akan diadakan pada jam 2.30 petang, Hari Sabtu, 27 hb April 2013 bertempat di Dewan, Pusat Pertanian Air Hitam, Jalan Kluang, Kluang. Harap dapat hadir beramai2 untuk menceriakan majlis tersebut. Sila pastikan yuran tahunan di bayar sebelum Mesyuarat Agung dijalankan.

Saturday, January 26, 2013

PARTS FIELD DAY

Perak Amateur Radio Transmitter's Society (PARTS) will be organizing 2013 National Field Day & Launching off PARTS Club Station Callsign. 

Saturday, 26th January December 2013, 10am until Monday , 28th January 2013

Location at Teluk Senangin, Perak, West Malaysia. 4° 18' 0" North, 100° 35' 0" East.

Monday, January 14, 2013

MESYUARAT AJK JASRA KALI 1/2013

Mesyuarat AJK JASRA JOHOR kali 1/2013 yang di tangguhkan akan di adakan pada Hari Sabtu, 26/1/2013, jam 11.00 pagi, bertempat di Bilek Mesyuarat, No 57, Bangunan Ozzdong, Jalan Kuning 2, Taman Pelangi, Johor Bahru. Kehadiran di hargai.

9W2BLM MENJALANI OPERASI

Di maklumkan bahawa 9W2BLM, Saudara Kamaruddin / Balam, telah di masukkan ke Hospital Segamat pada 14/1/2013. Beliau di jangkakan akan menjalani pembedahan bagi kali ke 4. Semuga beliau selamat dan cepat sembuh.

Saturday, January 12, 2013

MESYUARAT AJK MARL KALI 1/2013 (12/1/2013)







CADANGAN AKTIVITI MARL TAHUN 2013


Cadangan Aktiviti2 MARL Bbagi tahun 2013 :- 

(1) 20-21/4/2013 SAMBUTAN sempena Hari Telekomunikasi Se Dunia 2013 
(2) 25/5/2013 - Konvensyen Radio Amatur Malaysia 2013 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 
(3) 31/8/2013 MARL National Field Day 2013 
(4) MALAYSIA HAMFEST 2013 
(5) VHF & UHF National Contest 2013

Thursday, January 10, 2013

OPERASI TIONG II - TAMAN NEGARA SELAI (9-12/2/2013)

OPERASI TIONG yang tertangguh pada tahun lepas di jangka akan diadakan pada 9 - 12/2/2013 di Taman Negara Selai, Bekok. Operasi ini adalah bertujuan untuk memasang sebuah repeater JASRA JOHOR LINKING bagi mencapai pemancaran di kawasan Taman Negara Selai , Taman Negara Endau Rompin, Kluang, dan Mersing. Ianya akan di gunakan untuk kommunikasi kecemasan jika di perlukan, terutamanya kawasan2 Taman Negara Johor.Operasi akan di jalankan bersama JPAM Negeri Johor, Perbadanan Taman Negara Johor dan JASRA JOHOR. Sukarelawan yang berminat untuk menyertai operasi ini adalah di kehendaki mengesahkan kehadiran dengan Mejar Bersekutu (PA) Hj Abd Lah Awang I / 9W2HOZ ( 019 777 0435 / 9w2hoz@gmail.com )

Sunday, January 6, 2013

AMARAN HUJAN LEBAT & ANGIN KENCANG 7-9/1/2013

KENYATAAN AKHBAR SETIAUSAHA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA : AMARAN HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANGPEN: 1/2013/1 (MKN)UNTUK SIARAN SEGERA

PEN: 1/2013/1 (MKN) Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan media seperti berikut:-

KENYATAAN AKHBAR

SETIAUSAHA

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

AMARAN HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG

5 Januari 2013

1. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan lebat akan berlaku di antara 7 hingga 9 Januari 2013 di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang ekoran daripada angin kencang dan laut bergelora yang sedang berlaku di Laut China Selatan. Keadaan hujan lebat dijangka akan berlaku yang mana boleh menyebabkan risiko berlakunya episod banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. Keadaan laut juga dijangka bergelora dan situasi ini akan menyebabkan keadaan bahaya di laut dan persisiran pantai.

2. Sehubungan itu orang ramai terutamanya nelayan adalah dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti di laut dan lain-lain aktiviti di kawasan persisiran pantai.

3. Orang awam terutamanya yang tinggal di kawasan-kawasan yang sentiasa dilanda banjir perlu berwaspada dengan amaran keadaan hujan lebat ini dan dinasihatkan membuat persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan berlakunya banjir. Sekiranya diminta oleh pihak berkuasa untuk berpindah, orang ramai dinasihati untuk mematuhi arahan dan tidak menunggu di saat-saat akhir kerana ia boleh mengundang kejadian yang tidak diingini berlaku. Adalah dinasihati juga supaya orang ramai dapat membawa bersama dokumen-dokumen penting dan keperluan asas peribadi semasa berada di pusat pemindahan.

4. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, orang ramai juga dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya semasa kejadian banjir.

5. Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat di dalam pengurusan bencana telah membuat persiapan dan diletakkan di dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kejadian banjir.

6. Maklumat terkini mengenai keadaan cuaca dan situasi semasa boleh diperolehi di laman sesawang http://www.met.gov.my/ dan http://portalbanjir.mkn.gov.my/.

ULANGTAHUN YBM TUNKU A. JALIL IBNI TUNKU OSMAN

""SELAMAT ULANGTAHUN kepada YBM Tunku Abdul Jalil Ibni Tunku Osman, Ahli Lembaga Penasihat MARL Dan Penaung JASRA JOHOR !!! Semuga bertambah Usia, Rezeki, Kejayaan dan Kebahagiaan.""



Wednesday, January 2, 2013

CABARAN MENCARI HARTA KARUN - 3/2/2013

JASRA DAERAH BANDAR MAHARANI BANDAR DI RAJA akan terlibat bagi Acara CABARAN MENCARI HARTA KARUN BANDAR MAHARANI BANDAR DIRAJA, yang akan diadakan pada 3hb Feb. 2013, jam 8.00 pagi, menggunakan BASIKAL & MOTOSIKAL. Hadiah Wang Tunai, Tshirt, Sijil dll. Tarikh Tutup - 20/1/2013. Sukarelawan Kommunikasi juga di perlukan. Untuk Maklumat Lanjut, sila hubungi 9W2AYX, Saudara Ali , Pengerusi Perhubungan Daerah Muar di 010 541 7388.