VISITOR COUNTER

Monday, October 31, 2016

Bengkel Homebrew Antenna dan Acara Fox Hunt

#bengeklehombrew #foxhunt #SispaUTHM JASRA JOHOR bersama SISPA UTHM akan mengadakan Bengkel Homebrew Antenna dan Acara Fox Hunt pada 18-19/11/2016, bertempat di Kem Pusat Minda Emas (PuMAS), Kg Tanjong Laboh, Senggarang Batu Pahat. Rakan2 HAM yang berminat untuk membantu sebagai urusetia, bolehlah menghubungi 9W2SSS (0197621722)

Monday, October 24, 2016

Basic NCS

Basic Handle Operator/ Net Controller  for 2m net.(Teori/Prakrikal)
Tarikh : 28/10/2016 - 9pm - 11pm.
Tempat: Jasra Clubhouse, UDA, JB.
Bayaran: Percuma.
hos : 9W2USC.

Borak dan discuss tentang Handle Operator dan Net controller 2m net. Diketuai oleh 9W2USC. Dijemput hadir bagi mereka yg ingin tahu mengendali program Net controller, cara2 berbual (Qso) secara berkumpulan,
simplex/repeater. Juga jenis equipment/perkakasan yang perlu. pembelajaran adalah secara santai.

Thursday, October 20, 2016

Majlis Perbarisan Briged Wakaf dan Tandatangan MOU

JOHOR CORPORATION akan mengadakan " Majlis Perbarisan Briged Wakaf " pada jam 8.30 pagi, di Padang Kawad, Komplek Mutiara, Johor Land pada 23 Oktober 2016. Satu Majlis menandatangai MOU antara Briged Wakaf JCORP dan JASRA JOHOR akan diadakan pada ketika itu. Rakan-rakan yang ingin turut serta, sila hubungi 9W2JOC.

Tuesday, October 18, 2016

RAE ONLINE

https://sems.skmm.gov.my/sems/exams/examinfo

Sila hebahkan,
Untuk yg nk ambil RAE bertulis, permohonan dah dibuka...sila isi online

Tarikh exam : 15 Disember 2016
Masa : 1400 Hrs-1700 Hrs
Siri : 29-2016

Tarikh tutup : 15 November 2016
Masa : 1700 Hrs

Wednesday, October 12, 2016

Kursus sukarelawan bencana

Kursus Pengenalan dan Taklimat Sukarelawan Bencana 2016.

Dimaklumkan bahawa satu Kursus Pengenalan dan Taklimat Sukarelawan Bencana 2016 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 22 Oktober 2016 (Sabtu)
Masa: 10.00 pg - 3.00 ptg
Tempat: Bilik Gerakan MBPJ.
Anjuran:

Kelab Radio Amatur Majlis Bandaraya Petaling Jaya - KRAM
( https://www.facebook.com/KRAMBPJ/ )

Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia  - MARES
( http://www.mares.org.my/ )

Gabungan Persatuan Radio Amatur Malaysia-  MARL.
( http://malaysianamateurradioleague.blogspot.my/ )

Untuk makluman, kursus ini berkaitan taklimat bencana dan asas-asas persedian bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana terutama banjir pada tahun ini yang dijangkakan lebih teruk berbanding sebelumnya. Kepada ahli-ahli dan kakitangan yang berminat boleh menghubungi Laxamana Jebat atau Naim Bahari sebelum atau pada 17 Oktober 2016 (Isnin).

Sekian, terima kasih.

Saturday, October 8, 2016

AGM MARL

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan MARL akan dilaksanakan pada jam 11 pagi, 6 November 2016, Hari Ahad bertempat di Bilek Mawar, Bangunan Ibupejabat Majlis  Bandaraya Petaling Jaya, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya. Ahli2 Gabungan WAJIB menghantar 3 org wakil (Ydp/Tydp/SU) atau lebih sebqgai perwakilan  Kehadiran di hargai.

Thursday, October 6, 2016

Pameran Radio Amatur

JASRA akan mengadakan PAMERAN RADIO AMATUR bersempena KONVOKESYEN UTHM KALI KE 17 pada 8-10 Okt. 2016, bertempat di UTHM, Parit Raja. Rakan2 radio amatur yang berkelapangan, harap dapat membantu. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan 9W2BPQ, Puan Rahmahwati.