VISITOR COUNTER

Friday, November 29, 2013

PROGRAM SANTAI DI LEGOLAND - PAKEJ PROMOSI - 28/29-12-2013

PROGRAM SANTAI DI LEGOLAND - PAKEJ PROMOSI - (1) Water Park Only RM 60.00 / pax, (2) Dry Park Only RM 60.00 / pax, (3) Kombo - Dry + Water only RM 110.00. Tarikh : 28/12/2013 atau 29/ 12/2013. Sila buat pembayaran PENUH sebelum 20/12/2013. Kanak2 di bawah 3 tahun PERCUMA. Hubungi 9W2HOZ ( 019 7770435 / 016 7166515 ) untuk maklumat lanjut.

Wednesday, November 27, 2013

JASRA 2M NET - 27/11/2013

JASRA JOHOR AKAN mengadakan Acara Checkin 2M Net, pada malam, 27/11/2013, Hari Rabu, jam 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: 9W2HOZ. QRA: PAK LAH. QTH: BANDARAYA JOHOR BAHRU. Penyertaan anda didalam menceriakan acara tersebut adalah di hargai. SESI "ENGLISH NET" juga AKAN diadakan selepas acara 2M Net, yang di kendalikan olih 9W2IGQ, Op: SAUDARA ALI, QTH: BANDAR PASIR GUDANG. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA

Sunday, November 24, 2013

Thursday, November 21, 2013

UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN ADINDA 9W2BYX - 13/12/2013

9W2BYX, Abang ijan, mengundang rakan2 HAM yang berkelapangan dan bersudian.

SELAMAT HARI KEPUTERAAN KE 55

DAULAT TUANKU

Barisan kepimpinan dan ahli-ahli MARL merafak sembah menjunjung kasih setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada

DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM
IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takhluk Johor Darul Ta'zim
Sempena hari Ulang Tahun Keputeraan Yang ke 55 pada 22 November 2013

Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku.
DAULAT TUANKU !


Wednesday, November 20, 2013

LAWATAN & EYEBALL RAKAN HAM B'DARA BRUNEI - (1-3/12/2013)

JASRA JOHOR akan menerima lawatan serta mengadakan EYEBALL dengan rakan2 HAM B'DARA (BRUNEI) pada 2/12/2013, jam 8 mlm, di lokasi yang akan di tentukan kelak. Rakan2 HAM B'DARA dalam rangka bercuti di Singapura dan Johor Bahru ( 1-3/12/2013 ). Mana2 rakan HAM yang berkelapangan dan berkesudian untuk menjadi " LOCAL GUIDE & TRANSPORTER ", sila hubungi 9W2HOZ ( 019 777 0435 / 016 716 6515 ). Rakan2 HAM yang ingin menghadiri EYEBALL juga di minta mengesahkan kehadiran.

Tuesday, November 19, 2013

BLUETOOTH FOR AMATEUR RADIO

SHARING INFORMATION

PROGRAM GOTONG ROYONG ANTI DENGGI, SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR , pada 24/11/2013

JASRA DAERAH BATU PAHAT telah di undang oleh MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT, untuk menyertai PROGRAM GOTONG ROYONG ANTI DENGGI, SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR , pada 24/11/2013, Hari Ahad, jam 7.30 pagi, di Dewan Orang Ramai, Parit Raja, Batu Pahat. JESTERU ITU, semua rakan HAM yang berkelapangan dan berkesudian, di jemput menghadiri program tersebut. Kehadiran di hargai.

CADANGAN PENGEMASKINIAN KEISTIMEWAAN DALAM PERKHIDMATAN RADIO AMATUR DI MALAYSIA

Email from SKMM:

Tuan / Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa SKMM telah menerbitkan satu kertas perbincangan bagi mengumpulkan pandangan, saranan dan ulasan daripada komuniti pengendali radio amatur di Malaysia terhadap cadangan pengemaskinian keistimewaan dalam perkhidmatan Radio Amatur di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput Tuan/Puan untuk turut serta dalam mengemukakan sebarang usul, pandangan atau ulasan berhubung perkhidmatan ini agar sejajar dengan keperluan semasanya. Semua input yang kami terima kelak akan dihalusi dan dibentangkan dalam satu sesi forum yang akan dianjurkan kelak untuk memutuskan resolusinya/kedudukannya. Seterusnya, ianya akan digunapakai dalam mengemaskini perkhidmatan Radio Amatur negara seperti keistimewaan dalam peguntukan frekuensi, kod emisi, kuasa pancaran dll.

Maklumbalas daripada tuan/puan boleh disalurkan kepada kami melalui kaedah seperti yang dinyatakan dalam Kertas perbincangan yang telah disediakan, kertas cadangan ini juga boleh dicapai melalui pautan http://www.skmm.gov.my/Media/Announcements/Discussion-Paper-on-Review-privileges-of-ARS-in-Ma.aspx.

Sila kemukakannya dalam format elektronik (Microsoft Word Format) kepada kami selewat-lewatnya pada 30 November 2013. Sila emelkan terus kepada:
Nama : Mohamad Nazir Osman
E-mel : naz@cmc.gov.my

Sekiranya tuan/puan tidak mempunyai kemudahan penghantaran secara elektronik, sila kemukakan salinan bercetaknya kepada:

Jabatan Pembangunan Standard
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Jalan IMPACT Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor.
(U/P: En. Mohamad Nazir Osman)
Tel: 03-8688 8247/ Fax: 03-8688 1005

Akhir sekali, kami ngin mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan yang sudi mengemukakan maklumbalasnya.

Sekian dimaklumkan dan Terima Kasih.
Salam.

JASRA 2M NET - 20/11/2013

JASRA JOHOR AKAN mengadakan Acara Checkin 2M Net, pada malam, 20/11/2013, Hari Rabu, jam 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: 9W2BLM. QRA: ABANG BALAM. QTH: BANDAR LABIS. Penyertaan anda didalam menceriakan acara tersebut adalah di hargai. SESI "ENGLISH NET" juga AKAN diadakan selepas acara 2M Net, yang di kendalikan olih 9W2IGQ, Op: SAUDARA ALI, QTH: BANDAR PASIR GUDANG. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA