VISITOR COUNTER

Monday, March 30, 2015

Meter Directional Antenna Workshop

Meter Directional Antenna Workshop akan diadakan pada 12 hb April 2015 ( Hari Ahad) ,dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang, di Rumah Kelab Jasra, Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda, JB. Anda boleh membawa anttena yang telah bina bersama catatanmaklumat dan di uji pada hari tersebut. Maklumat membina anttenaboleh didapati di internet. Terbuka kepada semuapengiat radio amatur. Sebarang maklumat, sila hubungi 9M2RZL Saudara Rizal (0137554815) atau 9W2JOH, Saudara Feroz (019 7666000).

Sunday, March 8, 2015

Perkhemahan antarabangsa PBSM

Bersempena perkhemahan antarabangsa PBSM,  pada 19-22/3/15, Jasra akan mengadakan aktiviti Radio Amatur.  Ianya juga akan merangkumi pameran,  penggunaan vhf,  kommunikasi  HF,  dan penerangan.  Sesiapa yang berminat untuk membantu,  sila hubungi 9W2JOH, Saudara Feroz di 0197666000

Friday, March 6, 2015

UNIT SUKAN MENEMBAK JASRA JOHOR

UNIT SUKAN MENEMBAK JASRA JOHOR telah di persetujui penubuhannya, di bawah gabungan PERSATUAN MENEMBAK NEGERI JOHOR. Ahli2 JASRA yang berminat untuk menyertai sesi latihan atau pertandingan menembak, sila hubungi Ketua Biro, Unit Sukan Menembak JASRA - 9W2BPC, Saudara Mohd Ali 0137836854.

Thursday, March 5, 2015

Operasi Tiong 2

Operasi Tiong 2 akan di akan diadakan pada 16 hb Mac 2015. Program akan dilaksanakan bersama  kakitangan Taman Negara Selai utk buat track & servis repeater. Jika ada yg berminat untuk turut serta,  sila bawa makan sendri dan hunungi 9W2SGT

Tuesday, March 3, 2015

JASRA 2M NET - 4/3/2015

JASRA akan mengadakan acara 2M Net pada malam, 4/3/2015, Hari RABU, pukul 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: 9W2JYN. Op: Saudara Juraimi, QTH: Johor Bahru. Penyertaan anda menceriakan acara tersebut adalah di hargai. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA