VISITOR COUNTER

Friday, March 29, 2013

AGM JASRA - 27/4/2013

MAKLUMAN TERKINI - MESYUARAT AGUNG JASRA akan diadakan pada JAM 11.00 PAGI, 27/4/2013, HARI SABTU, bertempat di Pusat Latihan Pertanian, Ayer Hitam. ( 100 m sebelah kanan selepas membelok ke kiri di Plaza Tol Air Hitam, menghala ke Kluang ). Harap maklum perubahan masa. ( Koordinat : N1 55.992 E103 11.142 ).  Notis mesyuarat sedang di poskan dan jika tidak menerimanya, sila hubungi Setiausaha JASRA, 9W2EKP. Kehadiran di hargai.

Wednesday, March 27, 2013

40M FOR 9W*

Apa kata tuan-tuan pakat ramai-ramai 9Ws dan 9Ms buat surat, hantar kepada Gabungan Persatuan Radio Amatur Malaysia...dan pihak Gabungan akan terus ajukan kepada pihak berkuasa, we need YOUR FULL SUPPORT....and WE WILL DO OUR PART....untuk info, AUSTRALIA, NEWZEALAND, INDONESIA, SINGAPURA DAN PADA 2011 JEPUN PULA TELAH MEMBERI LALUAN KEPADA PEMEGANG LESEN RADIO AMATUR UNTUK BEKERJA DI HF FREQUENCY.......so lets do it....


JASRA 2M NET - 27/3/2013

JASRA JOHOR AKAN mengadakan Acara 2M Net, pada malam ini, 27/3/2013, Hari Rabu, jam 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: 9W2BPQ. QRA: SAUDARI RAHMAHWATI . QTH: BANDAR PARIT RAJA. Penyertaan anda didalam menceriakan acara tersebut adalah di hargai. SESSI "ENGLISH CHECK IN" juga AKAN diadakan selepas acara 2M Net, yang di kendalikan olih 9W2IGQ, QRA: SAUDARA ALI, QTH: BANDAR PASIR GUDANG. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA

CW 2013 -1 RESULT

Tahniah bagi yang berjaya pada Ujian CW 2013-1. Kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa, cuba lagi dan tingkatkan usaha.




Thursday, March 21, 2013

MESYUARAT AJK MARL KALI 2/2013 - 6/4/2013


Mesyuarat AJK MARL kali 2/2013 akan di adakan pada Hari Sabtu, 6/4/2013, jam 11.00 pagi, bertempat di Rumah Kelab MARES, 4A, Jalan Tinggi (6/12), Seksyen 6, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

GPS Coordinate: N3° 05ʹ 40.9ʺ E101° 38ʹ 57.3ʺ (WGS84).

Kehadiran AJK adalah di hargai dan sila sahkan kehadiran.

Monday, March 11, 2013

OPS PERIHATIN JB 1/2013 - 30/3/2013

JPAM JOHOR dengan kerjasama NGO2, akan mengadakan OPS PERIHATIN JB 1/2013, pada Hari Sabtu, 30/3/2013 (0800 hrs - 1600 hrs), bertempat di Kawasan Rumah Setinggan, Jalan Kiambang 9, Taman Seri Pandan Johor Bahru, bagi kerja2 Amal didalam membantu membina dinding sebuah rumah dan penyerahan Bahan Makanan Harian kepada 6 keluarga Daif. YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di jangkakan akan hadir bersama. Di jemput semua Pegawai Bersekutu / Anggota2 / Sukarelawan JPAM Negeri Johor dan ahli2 NGO, yang ingin turut serta didalam program ini, samada menyumbang tenaga atau bahan makanan, sila berhubung dengan Mejar Bersekutu (PA) Hj Abd lah @ Abdullah Bin Hj Awang / 9W2HOZ (019 777 0435).

Wednesday, March 6, 2013

KELAS RAE BSMM CAWANGAN NEGERI JOHOR

KELAS PERSEDIAAN RAE - ANJURAN JAWATANKUASA SEMBOYAN DAN KOMUNIKASI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CAWANGAN NEGERI JOHOR DENGAN KERJASAMA PERSATUAN JALUR SELATAN RADIO AMATUR JOHOR (JASRA) BAGI MEMBANTU MEREKA MENGHADAPI PEPERIKSAAN DIJANGKA PADA BULAN JUN 2013 - AKAN DIADAKAN PADA - SETIAP HARI AHAD - (1) 10 MAC 2013, (2) 7 APRIL 2012 DAN (3) 26 MEI 2012 - BERTEMPAT DI BANGUNAN BSMM CAWANGAN NEGERI JOHOR. TERBUKA 14 TAHUN KEATAS. UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI TUAN DAUD (019 7115544).

PAMERAN RADIO AMATUR SG RAMBAI, MELAKA - 23/3/2013

JASRA Perhubungan Negeri Melaka akan mengadakan Pameran Radio Amatur pada Hari Sabtu, 23 hb Mac 2013 (jam 9.00 pg - 5.00 ptg), sempena Program KOMMUNITI JPJ MELAKA BERSAMA RAKYAT di Dataran 1Belia, Sg Rambai, Melaka. Rakan2 HAM yang berkelapangan dan berkesudian di jemput hadir. Sebarang maklumat sila hubungi 9W2SFF , Saudara Rozaiman (0196293718).

Friday, March 1, 2013

PAMERAN RADIO AMATUR DAERAH SEGAMAT

JASRA Perhubungan Dearah Segamat akan mengadakan Pameran Radio Amatur pada:

Pameran Pertama
Tempat: Padang Awam Pekan Batu Annam
Tarikh: 16 - 17 Mac 2013 (Sabtu -Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang.


Pameran Kedua
Tempat: Padang Awam Padang Lalang Kampung Jawa
Tarikh: 23 - 24 Mac 2013 (Sabtu - Ahad)
8.00 pagi - 6.00 petang

Pameran Ketiga
Tempat: Dataran Labis
Tarikh: 30 - 31 Mac 2013 (Sabtu - Ahad)
8.00 pagi - 6.00 petang



Rakan2 HAM yang berkelapangan dan berkesudian adalah di jemput hadir.