VISITOR COUNTER

Sunday, December 20, 2015

Latihan Taktikal EMCOM

MARL bercadang untuk mengadakan Latihan Taktikal Emergency Communication di Politeknik Tanjung Malim pada cuti Chinese New Year, awal Februari 2016. Setiap ahli Gabungan di galakkan menghantar peserta seramai 5-10 org. Tempat tinggal disediakan. Program akan di laksanakan bersama JPAM. Harap semua ahli gabungan dapat menghantar senarai peserta dengan pada / sebelum 15/1/16. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan 9w2hoz 019 777 0435, 016 716 6515. Penyertaan hanya melalui Persatuan ahli Gabungan MARL sahaja.

Wednesday, November 18, 2015

Souvernier KRAM 2015 / UTM ARDF 2015

Souvernier KRAM 2015 / UTM ARDF 2015. KELUARAN TERHAD. Harga T Shirt RM 30.00 (Berkolar) RM 20.00 (kolar bulat) Collar Pin RM 5.00. Caj penghantaran tidak termasuk ( RM 6,00 utk  1|~ 2 helai baju melalui poslaju) .Sila whatapps ke 016 7332696 untuk membuat pesanan. Tertakluk kepada stok.

Monday, November 16, 2015

Peranan MARL

Gabungan Persatuan Radio Amatur Malaysia (MARL) adalah satu2nya Persatuan di MALAYSIA yang mengabungkan kesemua Persatuan2 / Kelab Radio Amatur / Radio Kommunikasi (Ahli Bersekutu), yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Syarat keahlian MARL TIDAK MENERIMA keahlian Individu, yangmana ianya memberi hak mutlak pengundian kepada PERSATUAN / KELAB, dan BUKANNYA kepada INDIVIDU. MARL juga tidak mempunyai niat, maupun berhasrat untuk mengambil alih peranan mana2 Persatuan / Kelab Radio Amatur di Malaysia, sebagaimana tanggapan setengah pihak. Ianya, hanya untuk menyatukan semua Persatuan / Kelab Radio Amatur, yang telah didaftarkan dengan jumlah yang banyak, dan mengarahkan halatuju yang lebih jelas untuk pembangunan Radio Amatur di Malaysia. Kejayaan MARL didalam menganjurkan Konvensyen Radio Amatur (KRAM) pada tahun 2013 dan 2015, adalah bertujuan untuk membawa arahtuju Radio Amatur di Malaysia kepada satu tahap yang lebih memberansangkan. MARL juga menumpukan pembangunan subjek radio amatur di peringkat IPTA / IPTS dengan kerjasama pihak IPTA / Kementerian terbabit. MARL juga mengambil berat mengenai SOP Pengurusan Kommunikasi Bencana di rantau ini, yangmana beberapa Resolusi telah tercapai didalam KRAM 2015. Semuga keterangan ini dapat memberi penjelasan yang lebih cerah kepada pihak-pihak yang meragui peranan MARL. Jika ada pihak yang memerlukan penerangan yang lebih terpericini, sila lah berhubung dengan pihak kami.
Ikhlas dari 9W2HOZ, Presiden, MARL. (019 777 0435 / 016 716 6515 / Emel: 9w2hoz@gmail.com / marlgabungan@gmail.com)

Sunday, November 15, 2015

Jasra EDCRT

JASRA JOHOR akan menubuhkan unit Emergency Diasater Communication Response Team (EDCRT) bagi membantu didalam Kommunikasi bencana. Ianya selaras dengan Resolusi Konvensyen Radio Amatur Malaysia 2015, untuk menyediakan satu pasukan sukarelawan  kommunikasi bencana. Mana2 ahlu yang berminat sila hubungi 9W2JOC, selaku penyelaras EDCRT Jasra Johor.

Wednesday, October 7, 2015

Online ticket KRAM 2015

Purchase Tickets Online at http://hamvention.marl.org.my/
If you have ordered online and did not receive a email confirmation or anything in the mail please contact marl.gabungan@gmail.com

#KonvensyenRadioAmaturMalaysia2015 #UTM_Skudai

Mesyuarat Ajk Induk KRAM 2015 (7/10/15)

Friday, October 2, 2015

RAE 2015

Jadual Peperiksaan Radio Amatur 2015

Makluman kepada bakal-bakal calon RAE, tarikh
pendaftaran bagi peperiksaan secara bertulis
(manual) adalah seperti berikut;
Tarikh Peperiksaan/ Masa : 10 Dec 2015/ 2
petang
Tarikh permohonan dibuka : 26 Oct 2015
Tarikh tutup permohonan: 10 Nov 2015/5 petang
Lokasi : Semua Wilayah
* tarikh dan masa adalah tertakluk pada
perubahan oleh SKMM.
Sumber;
www.skmm.gov.my/RAE-ORAE-2015/Schedule-of-RAE-2015.aspx

Wednesday, September 30, 2015

Mesyuarat sukarelawan KRAM

Mesyuarat pertama sukarelawan KRAM 2015 akan diadakan pada 1/10^15,  jam 9 mlm bertempat di Clubhouse Jasra, Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda, 81200 JB. Kehadiran di hargai.

Mesyuarat Ajk Jasra

Mesyuarat AJK Jasra akan diadakan pada Hari Jumaat, 9/10/15, jam 4.00 petang di Bilek Mesyuarat, Bangunan Ozzdong, jln kuning 2, Taman Pelangi, JB. Kehadiran di hargai

Saturday, September 12, 2015

KELAS CW

JASRA akan mengadakan KELAS CW secara PERCUMA kepada AHLI2 JASRA sahaja. Kelas akan di kendalikan olih 9M2NP di Rumah Kelab JASRA, Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda, JB. Kelas akan di laksanakan secara " SLOW & STEADY " bagi mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam. Ianya di jangkakan akan mengambil masa dan merupakan persediaan untuk RAE. Sebarang maklumat, sila berhubung dengan 9W2JOH, saudara Feroz.

NFD 2015 - JB

JASRA akan menyertai acara ' NATIONAL FIELD DAY 2015 Dx" , pada 19 - 20 / 9/2015, bersempena HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA bertempat di Rumah Kelab JASRA, Jalan Padi Mahsuri 1, (Lapangan Futsal), Bandar Baru Uda, JB. Rakan2 HAM yang berkelapangan dan ingin menyertai acara ini, di jemput hadir. Mini Eyeball akan diadakan pada 19/9/15 malam. Kehadiran di hargai. Sebarang maklumat, sila berhubung dengan 9W2JOH, saudara Feroz.

Thursday, September 3, 2015

CADANGAN & PANDANGAN PINDAAN AKTA / SOALAN RAE

Anyone have any cadangan pindaan atas dasar skmm yg melibatkan akta, ataupun perlaksanaan dan soalan rae, boleh membuat cadangan di sini atau melalui kelab / persatuan masing2. Ianya perlu di kemukakan kepada pihak skmm melalui working committee yg akan bermesyuarat setiap minggu. Next meeting 8/9/15 di MCMC Tower 1, Cyberjaya. Segala pandangan dan cadangan adalah utk penambah baikan kepada pembangunan radio amatur di masa depan. Kerjasama di hargai