VISITOR COUNTER

Wednesday, August 31, 2016

Sri Wijaya Hamfest

Jasra akan mengadakan rombongan ke Sri Wijaya Hamfest di Palembang pada 16 - 19/9/2016.  Jika ada tg berminat sila hubungi 9W2HOZ (0197770435/0167166515)

Friday, August 26, 2016

Merdeka Eyeball

Jasra akan mengadakan MERDEKA Eyeball pada jam 9 mlm, 30 /8/16, di Jasra Clubhouse, Jalan Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda, JB. Makanan secara POTLUCK. 2M Meredeka Net juga akan dilaksanakan di Clubhouse. Semua rakan2 ham di undang hadir.

Friday, August 19, 2016

Pameran Radio Amatur

Sempena Program " Green is Lifestyle" anjuran Kementeruan Hijau KETHA Malaysia, Jasra akan menjalankan Pameran Radio Amatur pada 20 -21/8/16, di Lantai Lower Ground Floor, UTC Kotaraya, Johor Bahru. Saksikan persembahan Penyanyi Dato Zainal Abidin dan artis2 lain.  Rakan2 yang berkelapangan di jemput hadir.

Friday, August 12, 2016

Majlis tandatangan 9M

Majlis tandtangan 9M akan di adakan di Clubhouse JASRA, Jln Padi Mahsuri 1, Bandar Baru Uda, JB pada jam 8.30 malam, 14/8/16, Hari Ahad. Tetamu kehormat YF5RA Pak Raja Anif dari Orari Kepuluan Riau dan Lt. Muda Rosli Saaban 9W2RSA akan memberi sedikit penerangan. Kehadiran di hargai. Makanan secara pot Luck. Sebarang maklumat sila berhubung dengan 9W2JOC, Pak Arab 0127804040

Wednesday, August 10, 2016

PERANAN MARL

Gabungan Persatuan Radio Amatur Malaysia (MARL) adalah satu-satunya Persatuan di MALAYSIA yang mengabungkan kesemua Persatuan / Kelab Radio Amatur / Radio Komunikasi (Ahli Bersekutu), yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Syarat keahlian MARL TIDAK MENERIMA keahlian Individu, yang mana ianya memberi hak mutlak pengundian kepada PERSATUAN / KELAB, dan BUKANNYA kepada INDIVIDU. MARL juga tidak mempunyai niat, maupun berhasrat untuk mengambil alih peranan mana-mana Persatuan / Kelab Radio Amatur di Malaysia, sebagaimana tanggapan setengah pihak. Ianya, hanya untuk menyatukan semua Persatuan / Kelab Radio Amatur, yang telah didaftarkan dengan jumlah yang banyak, dan mengarahkan halatuju yang lebih jelas untuk pembangunan Radio Amatur di Malaysia. Kejayaan MARL didalam menganjurkan Konvensyen Radio Amatur (KRAM) pada tahun 2013 dan 2015, adalah bertujuan untuk membawa arah tuju Radio Amatur di Malaysia kepada satu tahap yang lebih memberansangkan. MARL juga menumpukan pembangunan subjek radio amatur di peringkat IPTA / IPTS dengan kerjasama pihak IPTA / Kementerian terbabit. MARL juga mengambil berat mengenai SOP Pengurusan Komunikasi Bencana di rantau ini, yang mana beberapa Resolusi telah tercapai didalam KRAM 2015. Semuga keterangan ini dapat memberi penjelasan yang lebih cerah kepada pihak-pihak yang meragui peranan MARL. Jika ada pihak yang memerlukan penerangan yang lebih terpericini, sila lah berhubung dengan pihak kami.
Ikhlas dari 9W2HOZ, Presiden, MARL. (019 777 0435 / 016 716 6515 / Emel: 9w2hoz@gmail.com / marlgabungan@gmail.com)

Kunjungan MARL ke ORARI

Tuesday, August 9, 2016

CW Exam

Kepada calon yang berminat
(Khas untuk pengendali Radio Amatur)

Morse code Examination (CW)
_____________________

Examination Series Examination
Type Exam Date & Time
-Siries 2-Morse Code Examination (CW) September 8, 2016| 10.00 AM

Application Closing Date Examination
August 18, 2016

https://sems.skmm.gov.my/sems/exams/examinfo

Selamat Maju Jaya.