VISITOR COUNTER

Tuesday, January 28, 2014

KUANTAN CENTURY RIDE 2014

KUANTAN CENTURY RIDE 2014 - Dijemput ahli-ahli KERAK untuk bertugas pada 1/6/2014 di Kuantan. Kekosongan selebihnya akan diisi oleh individu-individu yang memiliki AA yang masih sah. Selain itu, kepada yang berminat untuk membantu tetapi tidak memiliki callsign akan diberikan tugas komunikasi menggunakan UHF Citizen Band. Kelab Radio Amatur sekolah-sekolah yang bernaung di bawah KERAK akan diminta menghantar para pelajar yang berminat bagi tujuan pendedahan kepada situasi sebenar dalam pengendalian radio untuk suatu acara.

JASRA 2M NET - 29/1/2014

JASRA JOHOR AKAN mengadakan Acara 2M Net, pada malam, 29/1/2014, Hari Rabu, jam 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: 9W2TLX. QRA: Saudara Tuan Zain. QTH: Kluang. Penyertaan anda didalam menceriakan acara tersebut adalah di hargai. SESI "ENGLISH NET" juga AKAN diadakan selepas acara 2M Net, yang di kendalikan olih 9W2IGQ, Op: SAUDARA ALI, QTH: BANDAR PASIR GUDANG. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA

Monday, January 27, 2014

Friday, January 24, 2014

UNDANGAN MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN UMNO JOHOR BAHRU OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA - 26/1/2014



JASRA JOHOR telah menerima undangan daripada UMNO Bahagian Johor Bahru, untuk menghadiri Majlis Perasmian Bangunan UMNO Bahagian Johor Bahru oleh YAB Perdana Menteri. AJK adalah di kehendaki hadir.

Wednesday, January 22, 2014

PROGRAM KHIDMAT SOSIAL MARES & PERTUBUHAN KEBAJIKAN AR RAHMANIAH - 1/2/2014


MARES berhasrat untuk turut serta di dalam program khidmat sosial bersama Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahmaniah. Program ini terbuka kepada semua warga MARES dan rakan-rakan sekutunya. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh: Sabtu 1 Februari 2014
Masa lapor diri: 8:30 pagi, Shah Alam (akan dimaklumkan)
Pelepasan: 9:00 pagi
Tiba di destinasi: 10 pagi, Taman Keruing, Rasa, Hulu Selangor
- sarapan
- ramah mesra bersama2 anak-anak yatim dan warga tua
- solat zohor
- makan tengahari
3:30 petang - bergerak ke rumah-rumah warga tua
- penyerahan sumbangan kepada warga tua
4:30 petang - bersurai

Setiap kenderaan yang menyertai diminta menyediakan barang-barang sumbangan seperti berikut (anggaran nilai RM50-60)
1. Beras 5kg
2. Serbuk kopi 1kg
3. Gula 1kg
4. Biskut 1kg
5. Sardin 2 tin
6. apa-apa lagi yang dirasakan patut

Setiap kenderaan akan menyerahkan sendiri barangan sumbangan kepada satu buah rumah warga tua.

Sesiapa berminat boleh berikan nama serta no telefon/emel untuk dihubungi melalui ruang Comment di bawah. Sebarang sumbangan tambahan akan diserahkan kepada Asrama Anak-anak Yatim.

Anda boleh menghubungi saudara Faizal Shamshudin untuk maklumat lanjut.

Tuesday, January 21, 2014

SEMAK KEPUTUSAN RAE

Keputusan RAE 
 
Welcome to SKMM Examination Management System Radio Amateur Service

YURAN TAHUNAN KEAHLIAN MARL

PERINGATAN : Persatuan2 Negeri / Kelab / Pertubuhan yang menjadi Ahli Gabungan MARL di kehendaki membayar :

Yuran Pendaftaran : RM 20.00

Yuran Tahunan (RM 30.00 / setahun ) bagi Tahun 2012 & 2013

dan Yuran Tahunan 2014 sebanyak:
i. RM 50.00 ( Ringgit Malaysia: Lima Puloh sahaja ) bagi jumlah Keahlian Pertubuhan / Persatun / Kelab yang mempunyai keahlian kurang daripada 50 orang dan Ahli Bersekutu.
ii. RM 100.00 ( Ringgit Malaysia: Seratus sahaja ) bagi jumlah keahlian Pertubuhan / Persatuan / Kelab yang mempunyai keahlian melebihi daripada 50 orang dan kurang daripada 150 orang.
iii. RM 200.00 ( Ringgit Malaysia: Dua Ratus sahaja ) bagi jumlah keahlian Pertubuhan / Persatuan / Kelab yang mempunyai keahlian melebihi daripada 150 orang dan kurang daripada 300 orang.
iv. RM 300.00 ( Ringgit Malaysia: Tiga Ratus sahaja ) bagi jumlah keahlian Pertubuhan / Persatuan / Kelab yang mempunyai keahlian melebihi daripada 300 orang.

PEMBAYARAN BOLEH DI BUAT MELALUI AKAUN MARL DI RHB BANK, 214 035 00138587, Cawangan PJ New Town, Selangor. Sila emel bukti pembayaran kepada marlgabungan@gmail.com, mohdzaidi_sidek@mbpj.gov.my, 9w2hoz@gmail.com, atau whattapps 012 9209107, 016 7166515 atau fak 07 5562144.

Sebarang Pertanyaan, sila hubungi Bendahari MARL MALAYSIA , 9W2OUS, Saudara Zaidi (012 9209107)

YURAN TAHUNAN KEAHLIAN JASRA JOHOR

PERINGATAN : Ahli2 JASRA JOHOR di kehendaki membayar Yuran Tahunan bagi Tahun 2014 sebanyak RM 30.00, dan TUNGGAKAN jika berkaitan. Sebarang Pertanyaan, sila hubungi Bendahari JASRA JOHOR , 9W2JHR, Saudara Ronny (0177139730). Pembayaran juga boleh di buat kepada akaun JASRA JOHOR, No AKAUN 3987764411, PUBLIC BANK, TAMAN PERLING, JOHOR BAHRU. Sila emel bukti pembayaran kepada jasrajohor@gmail.com atau whatapps 016 716 6515 atau fak 07 5562144. Kerjasama anda di hargai.

JASRA 2M NET - 22/1/2014

JASRA JOHOR AKAN mengadakan Acara 2M Net, pada malam, 22/1/2014, Hari Rabu, jam 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: 9W2BPQ. QRA: KAK RAHMAHWATI. QTH: PARIT RAJA , BATU PAHAT. Penyertaan anda didalam menceriakan acara tersebut adalah di hargai. SESI "ENGLISH NET" juga AKAN diadakan selepas acara 2M Net, yang di kendalikan olih 9W2IGQ, Op: SAUDARA ALI, QTH: BANDAR PASIR GUDANG. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA

KETUA BIRO 2M NET JASRA

Ketua Biro 2M Net JASRA, 9W2BLM Saudara Balam akan di sandang oleh 9W2BPQ, Puan Rahmahwati, BERKUATKUASA SERTA MERTA. Pengantian ini adalah di sebabkan permasaalahan kesihatan yang di hadapi oleh 9W2BLM. Harap maklum

Friday, January 17, 2014

PEMBAHARUAN AA REPEATER

SKMM telah menyatakan bahawa semua AA Repeater BOLEH DI PERBAHARUI UNTOK TEMPOHMASA LIMA (5) TAHUN. Perkara ini di sahkan oleh pegawai SKMM semasa Majlis Dialog bersama SKMM pada 15/1/2014 di Pejabat SKMM, Cyberjaya. Pada masa ini, Pejabat SKMM Wilayah hanya membenarkan lanjutan selama satu (1) tahun sahaja. Harap semua persatuan / kelab / yang terlibat dengan pembahruan AA repeater maklum tentang perkara ini. Jika menghadapi masaalah, sila berhubung terus dengan SKMM HQ, Cyberjaya.

ISU BERBANGKIT SEMASA DIALOG BERSAMA SKMM (15/1/14)