VISITOR COUNTER

Thursday, January 2, 2014

YB MENTERI TELAH BERSUARA

SKMM diminta kemuka sistem komunikasi baharu hadapi kecemasan

SKMM diminta kemuka sistem komunikasi baharu hadapi kecemasan
KUANTAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyediakan satu sistem komunikasi baharu untuk dilaksana ketika kecemasan.

Beliau berkata ini kerana banjir buruk yang melanda Kuantan dan Kemaman sehingga melumpuhkan sistem komunikasi berikutan pencawang elektrik ditengelami air, merupakan satu pengajaran besar kepada negara.

"Saya meminta SKMM untuk membina suatu 'architecture' baharu, sistem komunikasi di waktu kecemasan, sekiranya berlaku perang, berlaku letupan bom di janakuasa elektrik, apa terjadi (dengan sistem komunikasi kita)? Atau berlaku banjir besar misalnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis 'Sentuhan Kasih' di Cherating, malam semalam.

Beliau berkata sistem komunikasi ketika ini yang bergantung kepada tenaga elektrik, merupakan satu kekangan apabila bekalan elektrik terputus seperti yang berlaku ketika banjir buruk di Kuantan dan Kemaman awal bulan ini.

Ahmad Shabery berkata beliau telah membangkitkan perkara itu di kabinet, dan percaya kerajaan akan mengambil kira semua cadangan dalam usaha memperkemaskan sistem komunikasi negara ketika menghadapi bencana.

"Jaringan integrasi kerajaan sekarang ini mesti dilihat dari segi rangkaian, penggunaan radio amatur, penggunaan walkie-talkie yang berkuasa tinggi, senang daripada menggunakan telefon mudah alih, yang dibekalkan kepada kumpulan tertentu dalam kerja menyelamat, selain itu mungkin juga kita boleh gunakan telefon satelit," katanya.

Ahmad Shabery berkata selain itu usaha bersepadu dalam menyalurkan maklumat juga perlu diperkemaskan membabitkan semua jabatan berkaitan termasuk Jabatan Meteorologi Malaysia dan agensi-agensi lain seperti pasukan keselamatan.

Majlis Sentuhan Kasih itu bertujuan mengumpul dana untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kemaman dan Kuantan.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/skmm-diminta-kemuka-sistem-komunikasi-baharu-hadapi-kecemasan-27447?cp

No comments:

Post a Comment