VISITOR COUNTER

Wednesday, January 22, 2014

PROGRAM KHIDMAT SOSIAL MARES & PERTUBUHAN KEBAJIKAN AR RAHMANIAH - 1/2/2014


MARES berhasrat untuk turut serta di dalam program khidmat sosial bersama Pertubuhan Kebajikan Ar-Rahmaniah. Program ini terbuka kepada semua warga MARES dan rakan-rakan sekutunya. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh: Sabtu 1 Februari 2014
Masa lapor diri: 8:30 pagi, Shah Alam (akan dimaklumkan)
Pelepasan: 9:00 pagi
Tiba di destinasi: 10 pagi, Taman Keruing, Rasa, Hulu Selangor
- sarapan
- ramah mesra bersama2 anak-anak yatim dan warga tua
- solat zohor
- makan tengahari
3:30 petang - bergerak ke rumah-rumah warga tua
- penyerahan sumbangan kepada warga tua
4:30 petang - bersurai

Setiap kenderaan yang menyertai diminta menyediakan barang-barang sumbangan seperti berikut (anggaran nilai RM50-60)
1. Beras 5kg
2. Serbuk kopi 1kg
3. Gula 1kg
4. Biskut 1kg
5. Sardin 2 tin
6. apa-apa lagi yang dirasakan patut

Setiap kenderaan akan menyerahkan sendiri barangan sumbangan kepada satu buah rumah warga tua.

Sesiapa berminat boleh berikan nama serta no telefon/emel untuk dihubungi melalui ruang Comment di bawah. Sebarang sumbangan tambahan akan diserahkan kepada Asrama Anak-anak Yatim.

Anda boleh menghubungi saudara Faizal Shamshudin untuk maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment