VISITOR COUNTER

Tuesday, November 19, 2013

CADANGAN PENGEMASKINIAN KEISTIMEWAAN DALAM PERKHIDMATAN RADIO AMATUR DI MALAYSIA

Email from SKMM:

Tuan / Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa SKMM telah menerbitkan satu kertas perbincangan bagi mengumpulkan pandangan, saranan dan ulasan daripada komuniti pengendali radio amatur di Malaysia terhadap cadangan pengemaskinian keistimewaan dalam perkhidmatan Radio Amatur di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput Tuan/Puan untuk turut serta dalam mengemukakan sebarang usul, pandangan atau ulasan berhubung perkhidmatan ini agar sejajar dengan keperluan semasanya. Semua input yang kami terima kelak akan dihalusi dan dibentangkan dalam satu sesi forum yang akan dianjurkan kelak untuk memutuskan resolusinya/kedudukannya. Seterusnya, ianya akan digunapakai dalam mengemaskini perkhidmatan Radio Amatur negara seperti keistimewaan dalam peguntukan frekuensi, kod emisi, kuasa pancaran dll.

Maklumbalas daripada tuan/puan boleh disalurkan kepada kami melalui kaedah seperti yang dinyatakan dalam Kertas perbincangan yang telah disediakan, kertas cadangan ini juga boleh dicapai melalui pautan http://www.skmm.gov.my/Media/Announcements/Discussion-Paper-on-Review-privileges-of-ARS-in-Ma.aspx.

Sila kemukakannya dalam format elektronik (Microsoft Word Format) kepada kami selewat-lewatnya pada 30 November 2013. Sila emelkan terus kepada:
Nama : Mohamad Nazir Osman
E-mel : naz@cmc.gov.my

Sekiranya tuan/puan tidak mempunyai kemudahan penghantaran secara elektronik, sila kemukakan salinan bercetaknya kepada:

Jabatan Pembangunan Standard
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Jalan IMPACT Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor.
(U/P: En. Mohamad Nazir Osman)
Tel: 03-8688 8247/ Fax: 03-8688 1005

Akhir sekali, kami ngin mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan yang sudi mengemukakan maklumbalasnya.

Sekian dimaklumkan dan Terima Kasih.
Salam.

No comments:

Post a Comment