VISITOR COUNTER

Thursday, March 15, 2018

Notis Mesyuarat Agung JASRA Kali Ke-11

AHLI PERSATUAN JALUR SELATAN RADIO AMATUR JOHOR
(JASRA)
Notis Mesyuarat Agung JASRA Kali Ke-11
__________________________________
Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan kepada Tuan / Puan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Jalur Selatan Radio Amatur Johor (JASRA) kali Ke-11 yang akan diadakan seperti maklumat dibawah :
Tarikh : 7 APRIL 2018 (SABTU)
Masa : 10.00 PAGI
Tempat : DEWAN KULIAH 1, BLOK B2,
UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN,
JALAN BATU PAHAT, PARIT RAJA
JOHOR.
2. Tuan / Puan adalah dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Agung tersebut di atas. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
2.1 Meluluskan Minit Mesyuarat Agung yang lalu.
2.2 Menerima Laporan Aktiviti.
2.3 Membentangan dan Menerima Laporan Bendahari dan
Penyata Kewangan.
2.5 Membentangkan usul yang diterima sekiranya ada.
2.6 Melantik Ahli Jawatankuasa Sessi 2018-2020
2.7 Lain-lain hal.
2.8 Penangguhan mesyuarat.
3. Adalah dengan ini Tuan / Puan diminta hadir bagi menunaikan tanggungjawab mengikut peraturan Fasal 8 dan 9 Perlembagaan Persatuan.
Sekian, terima kasih.
Faridah Binti Bahrom | 9W2OXY
Setiausaha JASRA
Email : 9w2oxy@gmail.com | H/P : +6016 733 2696

Wednesday, August 23, 2017

Mesyuarar Ajk Jasra

Mesyuarat AJK Jasra akan diadakan pada jam 10 pg, 16 Sept 2017 bertempat di Club House Jasra, Jalan Padi Mahsuri 1, BBU, 81200 JB. Kehadiran di hargai.

Tuesday, July 18, 2017

Ekspedisi Menuju Puncak

#QST #WhatOthersDo
Communications by NESRAC
cc EDCRT Team JASRA JOHOR, Tuan Rosli Saaban
Sukarelawan Expedisi Menuju Puncak 2017
Gunung Angsi, Hutan Lipur Ulu Bendul Kuala Pilah, N9
19 Ogos 2017
6:00am - 3:00pm
Pendaftaran FREE
T-shirt & Sijil Penyertaan Malaysia Book of Record

📢📢📢PERHATIAN 📢📢📢

Pencarian SUKARELAWAN EKSPEDISI MENUJU PUNCAK 2017 bagi menyertai MISI MENCIPTA REKOD DUNIA 🌍 DAN REKOD MALAYSIA 🇲🇾 bersempena dengan Sambutan Kemerdekaan ke 60 peringkat Negeri Sembilan. Acara ini akan berlangsung pada :

🗓Tarikh : 19 Ogos 2017 (Sabtu)
🕰Masa : 6 pagi – 3 petang
🏞Tempat : Gunung Angsi, Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah.
🔶Tajuk Rekod : Rantaian Pergelangan Tangan Terpanjang di Dunia 🌍 dan Malaysia 🇲🇾
--------------------------------
Penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur. Para SUKARELAWAN juga akan mendapat 👕 Tshirt penyertaan, 📜📜 Sijil Penyertaan World Of Record&Malaysia Book Of Record dan juga Goodies* 🛍
--------------------------------
Terhad kepada 8000 penyertaan shj. Pendaftaran adalah secara online 💻📱💻📱💻📱untuk mendaftar sila klik : ................/layari website kami :

🤜 BERSAMA-SAMALAH KITA MEREALISASIKAN REKOD INI!!!
🤜 ANDALAH YANG KAMI CARI!

Untuk maklumat lanjut sila layari dan Like di FB
💻📱🔸Website: Ekspedisimenujupuncak2017.ns.gov.my
💻📱🔹Facebook: Ekspedisimenujupuncak2017  atau
hubungi 067659734/9725

#ekspedisimenujupuncak2017
#menciptarekoddunia
#lembagapelancongannegerisembilan

Anjuran : Kerajaan Negeri Sembilan melalui LPNS

Hari Terbuka Rumah Api

22 Julai 2017 (SABTU)
Hari Terbuka Rumah Api Tanjung Tuan, Melaka. Tentative Program. Semua pengiat radio amatur dijemput utk terlibat membantu team2 di lokalan masing2 mulai 21/7/2017 utk menyediakan atau setting up.

Note:-
#1 Team Melaka di Tanjung Tuan, Melaka
#2 Team JB di Bukit Segenting Batu Pahat. Semua dijemput hadir membantu.

Pametan Radio Amatur

Pameran Radio Amatur sempena SISF 2017
Tarikh 22 julai
Smk dato penggawa barat
7.30- 4 ptg

Wednesday, June 28, 2017

HOTA 2017

Aktiviti HIGHWAY DX PARTY (HOTA), akan diadakan pada 14 - 16 Julai 2017, di RnR terpilih di Lebuhraya. Mana2 pihak yang berminat untuk menyertai di kawasan Melaka / Johor, sila berhubung dengan 9W2USM, Pak Mustafa 0133414697, untuk maklumat selanjutnya

MAJLIS AIDIL FITRI HAM SELATAN 2017

MAJLIS AIDIL FITRI HAM SELATAN akan diadakan pada jam 2.30 petang, 8 hb Julai 2017, bertempat di BalaiRaya, Taman Tasek Utama, Ayer Keroh, Melaka. Pakaian: Baju Melayu / Kebangsaan. Rakan2 HAM yg berkelapangan di undang hadir.KOSNSEP POT LUCK