VISITOR COUNTER

Monday, June 30, 2014

INTERNATIONAL LIGHTHOUSE LIGHTSHIP WEEKEND 2014

MARL akan mengadakan pameran dan aktiviti Radio Amatur, sempena INTERNATIONAL LIGHTHOUSE LIGHTSHIP WEEKEND 2014 , yang akan diadakan pada 15-17 Ogos 2014, bertempat di Rumah Api Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Penyertaan dari rakan2 ham amatlah di hargai. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 9M2YRS, Pak Yop 0193317388 atau 9M2BAL, Saudara Iqbal 0199244284.

PROGRAM AMAL RAMADHAN 2014

PROGRAM AMAL RAMADHAN 2014 di jangkakan akan dilaksanakan pada 11/7/2014 dan 18/7/2014. Penghantaran sumbangan bahan makanan asas akan dilaksanakan di Daerah Johor Bahru. Mana2 pihak yang berminat untuk menyumbang bahan-bahan makanan / wang ringgit / turut serta didalam program, sila hubungi Tn Hj Abd Lah @ Abdullah Hj Awang (019-7770435 / 016-7166515 atau Encik Nafis, Pen. Pegawai Daerah Johor Bahru 017-2408672 atau Tn Hj Yunos Ari (0167705608). Pusat pengumpulan bahan makan di Pejabat Daerah Johor Bahru.

Friday, June 27, 2014

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1435H

AJK MARL mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1435H kepada semua AHLI GABUNGAN MARL serta keluarga dan WARGA HAM yang beragama ISLAM. Semoga amalan kebajikan kita di sepanjang bulan yang mulia ini dinilai dan diterima oleh ALLAH S.W.T.

ALLAH S.W.T. berfirman dalam Kalam-Nya yang mulia:
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."

Ibn Salam menceritakan kepada kami, katanya; Muhammad ibn Fudhail memberitahu kami, katanya; Yahya ibn Said menceritakan kepada kami, katanya; daripada Abu Salamah; daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda : "Barang siapa yang berpuasa pada bulan RAMADAN dengan penuh rasa keimanan dan mengharapkan keredaan ALLAH, maka diampuni dosanya yang telah lalu". (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).

“HF Communication in Malaysia : Present Status & Future Challenges”

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menjemput Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk menghadiri program syarahan umum “HF Communication in Malaysia : Present Status & Future Challenges” seperti ketetapan berikut :

Tajuk : “HF Communication in Malaysia : Present Status & Future Challenges”
Penceramah : Prof. Madya Dr. Ahmad Zuri Sha'ameri, UTM, Skudai
Tarikh : 2 Julai 2014
Masa : 10.00am – 12.00pm
Tempat : Teatret, Planetarium Negara, Lot 53, Jalan Perdana, 50480 Kuala Lumpur.

Borang Jawapan Kehadiran perlu diisi dan dikembalikan sebelum 30 Jun 2014.

Wednesday, June 25, 2014

JASRA 3NGLISH SESSION 2M NET DURING RAMADHAN

JASRA ENGLISH NET DURING RAMADHAN

Just a little changes to the time for Jasra English Net and we will run the Net at 2200 hours or 10.00 pm at every Saturday evening during Holy Month Of Ramadhan and everything else still remain the same. Have a pleasant checkin

THE MORE THE :LOUDER THE BETTER

9W2IGQ
Ali Gator
The Net Control



JASRA 2M SAHUR NET

JASRA JOHOR akan mengadakan Acara 2M SAHUR Net, pada SEPANJANG BULAN RAMADHAN, bermula dari jam 4.00 pagi - 5.30 pagi, 29/6/2014 (Hari Ahad). Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: SECARA GILIRAN.. Penyertaan anda menceriakan acara tersebut adalah di hargai. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA

Tuesday, June 24, 2014

JASRA 2M NET - 25/6/2014

JASRA JOHOR akan mengadakan Acara 2M Net, pada malam, 25/6/2014, Hari Rabu, jam 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net Controller: 9W2BPQ QRA: Kak Rahmahwati QTH: BATU PAHAT. Penyertaan anda menceriakan acara tersebut adalah di hargai. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA