VISITOR COUNTER

Thursday, April 26, 2012

Nota Penerangan MARL

Di bawah adalah nota penerangan MARL. Tiada halangan jika ingin dimuatkan ke dalam blog atau facebook persendirian.

Nota dalam format pdf - http://www.mediafire.com/?0qx5d97wsdbw668
Nota dalam format slide .pptx - http://www.mediafire.com/?awgq4ciukw9zfp7

FAQ PENUBUHAN MARL


SOALAN-­‐SOALAN LAZIM / FAQ CADANGAN PENUBUHAN PERTUBUHAN BARU SEBAGAI WAKIL RASMI SEMUA PERSATUAN RADIO AMATUR DI MALAYSIA

 1. MENGAPA DIMULAKAN USAHA INI ?
a. Usaha ini dimulakan kerana sudah bertahun-­‐tahun isu-­‐isu yang melibatkan kepentingan semua operator radio amatur di Malaysia masih belum dapat diselesaikan.
b. ‘Wakil’ radio amatur yang dipanggil oleh SKMM tidak mewakili semua radio amatur secara sah dan tidak menyuarakan pendapat dan kepentingan semua radio amatur di Malaysia
c. Pertambahan operator radio amatur menyebabkan pertambahan kepada persatuan-­‐persatuan baru. Senario hanya satu persatuan yang sedia ada untuk mewakili semua sudah tidak sesuai.

2. APAKAH ISU-­‐ISU TERSEBUT ?
a. Masih tiada pihak yang dapat menjadi wakil rasmi semua atau majoriti radio amatur untuk berurusan dengan SKMM. Ini disebabkan oleh tiada badan rasmi yang mewakili semua radio amatur secara sah (dipersetujui oleh semua radio amatur)
b. Pendapat atau cadangan individu atau dari satu persatuan adalah lemah dan tentu sekali tidak akan mendapat perhatian yang sewajarnya
c. Pendapat majoriti operator radio amatur tidak dapat dikumpulkan secara rasmi untuk menguatkan usaha atau cadangan yang dapat memberi kebaikan kepada semua
d. Mana-­‐mana persatuan yang sedia ada tidak sesuai menjadi pertubuhan induk untuk gabungan kerana perlembagaan masing-­‐masing mendahulukan kepentingan ahli individu yang berhak untuk mengundi daripada individu atau persatuan yang menjadi ahli bersekutu sahaja.

3. 3. APAKAH ISU-­‐ISU TERTUNGGAK YANG MELIBATKAN KEPENTINGAN SEMUA RADIO AMATUR ?
 a. Fi peruntukan radas radio amatur
b. Fi dan caj kelulusan radas radio amatur oleh SIRIM
c. Undang-­‐undang dan garis panduan radio amatur
d. Representasi yang sah dan rasmi untuk semua radio amatur
e. Cadangan dan pendapat untuk penambahbaikan dan pembanguan radio amatur yang tidak langsung mendapat maklumbalas pihak yang bertanggungjawab
f. Penguatkuasaan ke atas penggunaan frekuensi / spektrum radio amatur oleh pihak bukan pepegang lesen sah radio amatur
g. Gangguan ke atas frekuensi / spektrum radio amatur
h. Keperluan mendapatkan sokongan daripada persatuan tertentu untuk repeater, callsign dsb

4. SEHARUSNYA PERSATUAN-­‐PERSATUAN LAIN BERNAUNG DI BAWAH PERSATUAN TERTENTU YANG SEDIA ADA. ADAKAH INI TIDAK BOLEH DILAKUKAN ?
 a. Persatuan tertentu yang mendakwa diiktiraf mengetuai semua radio amatur di Malaysia menerima individu dan persatuan sebagai ahli. Namun perlembagaannya hanya membenarkan ahli individu mengundi dan menjadi ajk. Oleh yang demikian, ianya mengutamakan kepentingan ahli yang berhak mengundi sahaja. Bagaimana pula hak dan kepentingan persatuan yang menjadi ahli bersekutu sahaja? Jika persatuan dibenarkan mengundi sekali pun, 1 undi individu tidak sama dengan 1 undi dari satu persatuan yang ahlinya ramai.
b. Akta Pertubuhan dan Akta Komunikasi dan Multimedia tidak memberi kecenderungan atau memihak kepada persatuan tertentu sahaja kerana undang-­‐undang tidak memihak kepada sesiapa pun. Jika ada disebut di dalam peraturan, kaedah atau garispanduan, maka ianya tidak selari dan bercanggah dengan Akta induk.
c. Senario radio amatur di Malaysia sekarang membuka peluang kepada mana-­‐mana individu untuk mendaftar pertubuhan baru dan bergerak di dalamnya mengikut kecenderungan dan minat masing-­‐masing. Ini perlu disokong atas dasar keadilan hak masing-­‐masing dan membantu perluasan dan pembanguan dunia dan industri radio amatur di Malaysia.
d. Jika terdapat mana-­‐mana persatuan yang : i. Bersikap adil kepada persatuan-­‐persatuan yang menjadi ahlinya dengan membolehkan mereka mengundi semasa AGM/EGM; ii. Tiada masalah pengurusan, akaun tahunan atau pentadbiran; iii. Bersikap telus, tiada layanan memilih; iv. Bertanggungjawab menyebarkan laporan, hasil mesyuarat yang dihadiri wakilnya di peringkat dalaman atau antarabangsa kepada semua radio amatur di Malaysia maka, sokongan seharusnya diberikan. Realitinya, tiada mana-­‐mana persatuan yang ada sekarang yang dapat memenuhi kriteria di atas.

5. ADAKAH IARU MEMBERI ‘PENGIKTIRAFAN’ KEPADA SATU SAHAJA PERSATUAN UNTUK SATU NEGARA?
a. Tiada mana-­‐mana peruntukan di dalam perlembagaan, undang-­‐undang kecil atau peraturan IARU atau IARU-­‐R3 yang memberi pengiktirafan, hanya dinyatakan keahlian IARU untuk setiap negara hanyalah dari satu persatuan sebagai wakil negara.
b. IARU hanyalah sebuah persatuan yang didaftarkan di Amerika Syarikat yang mana ahli-­‐ahlinya secara sukarela bersetuju untuk menerima standard yang ditetapkan oleh ITU.

6. MENGAPA TIDAK DIWUJUDKAN SUATU FORUM ATAU MAJLIS DARIPADA MENDAFTAR PERTUBUHAN BARU?
a. Forum, majlis atau jawatankuasa tidak dapat bergerak secara efektif dan berkesan kerana sesebuah badan yang tidak didaftarkan tidak mempunyai kapasiti rasmi untuk bertangungjawab ke atas segala perbuatan atau tindakannya. Ini tidak memberi suatu keyakinan kepada anggota-­‐anggotanya. Jika terdapat kepincangan, tiada tindakan dapat diambil ke atas ahli ajk yang bertanggungjawab.

7. ADAKAH PERTUBUHAN YANG BARU AKAN LEBIH EFEKTIF?
a. Pertubuhan berdaftar yang baru dapat dibentuk melalui perlembagaannya untuk mewakili semua persatuan dengan lebih adil, saksama dan telus. Semua persatuan mempunyai hak mengundi dan bersuara yang sama. b. Pertubuhan berdaftar yang baru , yang mana ahlinya hanyalah peratuan-­‐ persatuan dan bukan individu, melalui perlembagaan baru yang dipersetujui oleh semua ahlinya, akan mewakili dan menjaga kepentingan semua persatuan dan ahli-­‐ahli persatuan masing-­‐masing
c. Tidak akan terdapat usaha kumpulan individu atau persatuan-­‐persatuan tertentu untuk menguasai semua radio amatur di Malaysia kerana setiap persatuan mempunyai 1 undi masing-­‐masing dan pemilihan adalah mengikut pilihan majoriti.
d. Oleh yang demikian, pertubuhan baru tersebut akan menyuarakan pendapat dan menjaga kepentingan majoriti persatuan-­‐persatuan.
e. Cara ini adalah berkesan kerana model gabungan industri ini dinyatakan di dalam CMA 1998 dan diguna pakai oleh SKMM :-­‐
 f. Kepentingan syarikat-­‐syarikat telekomunikasi = Malaysian Access Forum Sdn Bhd dan Malaysian Technical Forum Sdn Bhd (pemegang sahamnya adalah semua sykt telekomuniasi di Malaysia)
g. Kepentingan pengguna-­‐pengguna perkhidmatan telekomunikasi – Malaysian Consumer Forum (pertubuhan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan yang mana ahli-­‐ahlinya terdiri daripada semua persatuan-­‐ persatuan pengguna di Malaysia)
h. Contoh-­‐contoh lain:-­‐ i. Federation of Malaysian Manufacturers Association ii. FOMCA iii. Federation of Livestock Farmers' Associations iv. Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia v. Gabungan Pelajar Melayu Melayu Semenanjung vi. Kuala Lumpur Malay Chambers of Commerce vii. The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia

8. ADAKAH PERANAN DAN FUNGSI PERSATUAN-­‐PERSATUAN SEDIA ADA AKAN DIAMBILALIH OLEH PERTUBUHAN GABUNGAN BARU?
a. Tidak sama sekali, malah pertubuhan baru akan menyokong semua objektif, peranan rasmi dan aktiviti-­‐aktiviti persatuan masing-­‐masing.
b. Sebagai contoh, pertubuhan baru akan menyokong persatuan yang menjadi wakil untuk Malaysia di dalam IARU dan akan membantu persatuan tersebut menyebarkan kepada semua hasil mesyuarat dan konvensyen IARU.
c. Jika mana-­‐mana persatuan sedia ada menjadi tuan rumah kepada GAREC, SEANET, IARU Convention, Globalset dsb, gabungan baru akan menyokong persatuan tersebut dan memastikan semua membantu menjayakannya demi maruah dan kepentingan semua amateur radio di Malaysia.

9. CADANGAN PERTUBUHAN BARU
a. Nama : Gabungan Radio Amatur Malaysia / Malaysian Amateur Radio league
b. Keahlian yang boleh mengundi dan memegang jawatan: Terbuka kepada semua persatuan berdaftar radio amatur. Persatuan akan melantik secara rasmi Presiden, Timbalan Presiden atau Setiausaha masing-­‐masing sebagai wakil rasmi persatuan untuk mengundi, menghadiri mesyuarat atau memegang jawatan bagi pihak persatuan
c. Ibu pejabat : Kuala Lumpur / Selangor (cadangan)

10. TUJUAN PENUBUHAN
 a. Jalan terbaik untuk menggabungkan semua persatuan dengan telus, terbuka, adil dan tanpa sebarang isu atau agenda
b. Mengguna pakai model industri yang diperuntukkan oleh CMA 98 untuk industri telekomunikasi dan diterima oleh SKMM
c. Tidak ketentuan masa dan isu-­‐isu dalaman persatuan dapat dielakkan jika mana-­‐mana persatuan yang sedia ada meminda perlembagaan pertubuhannya untuk mengambil peranan sebagai pertubuhan gabungan seperti yang dicadangkan
d. Mempercepatkan inisiatif-­‐inisiatif bersepadu untuk memberi keadilan yang saksama kepada semua persatuan dan individu radio amatur di dalam menangani isu-­‐isu radio amatur yang sekian lama tertunggak

11. OBJEKTIF UTAMA MARL
 a. Menyatupadukan semua persatuan radio amatur di Malaysia di bawah satu naungan untuk mengukuhkan suara semua operator radio amatur di Malaysia dalam menyuarakan pendapat dan menjaga kepentingan radio amatur seluruh Malaysia.
b. Memastikan dan menjaga kepentingan semua operator radio amatur berkaitan undang-­‐undang, peraturan, garispanduan dan polisi yang melibatkan radio amatur di Malaysia
c. Memastikan wakil yang mewakili radio amatur di dalam mana-­‐mana urusan rasmi dengan SKMM atau mana-­‐mana agensi lain adalah wakil yang dipersetujui oleh semua radio amatur di Malaysia d. Menggerak dan menyokong segala usaha untuk pembangunan industri radio amatur di Malaysia yang memanfaatkan semua operator radio amatur seluruh negara.

Wednesday, April 25, 2012

Tuesday, April 24, 2012

ROADSHOW PENUBUHAN MARL PANTAI TIMUR (5/5/2012)

PROGRAM ROADSHOW MARL PANTAI TIMUR. Di jemput semua persatuan2 / Kelab2 HAM yg berdaftar dengan ROS di kawasan Pantai Timur untuk menghadiri satu Majlis Taklimat Penubuhan MARL sebagaimana berikut: Tarikh: 5hb Mei 2012 (Hari Sabtu) Masa: 2.00 petang - 5.00 petang. Tempat: Permai Inn Hotel, Kuala Trengganu. Agenda: 2.00 - 2.30 - Kehadiran Jemputan. 2.30 - 2.35 - Kata2 Aluan Pengerusi Squad 99. 2.40 - 2.45 - Kata2 Aluan urusetia MARL 2.45 - 3.00 - Ucapan YB EXCO Pembangunan Infrastruktur & Kemudahan Awam Negeri Trengganu 3.15 - 4.00 - Taklimat Penubuhan MARL 4.00 - 4.30 - Sessi Soal Jawab 4.30 - 5.00 - Jamuan 5.00 - Bersurai Kehadiran Pemimpin2 Tertinggi Persatuan/Kelab HAM dan rakan2 HAM amatlah di hargai

Monday, April 23, 2012

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMULIHKAN PERALATAN KOMMUNIKASI PBSM JOHOR (28/4/2012)

JASRA JOHOR akan mengadakan kerja-kerja Gotong Royong memulihkan peralatan & Antenna HF & VHF di PBSM Negeri Johor, Jalan Kacung, Tampoi, JB, pada jam 9.00 pagi, Hari Sabtu, 28hb April 2012. Sekiranya rakan2 HAM yg mempunyai kelapangan, bolihlah turut serta. Sila hubungi SU, 9W2EKP untuk maklumat lanjut.

Sunday, April 22, 2012

ACARA HAMFEST MALAYSIA 2012



ACARA HAMFEST MALAYSIA
Festival Hamfest Malaysia 2012:
Sekali lagi munculnya Festival Hamfest Malaysia 2012 yg akan diadakan pada:-

Tarikh : 19 & 20 Mei 2012
Bertempat :di Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Menjemput kepada semua rakan2 Ham 1 Malaysia utk hadir kemajlis tersebut. Tapak perkemahan juga turut disediakan kpd rakan2 yg ingin bermalam.

Aturcara : 19/5/2012

9.00am - Pendaftaran peserta dan pengunjung
10.00am – 10.00pm Booth Pameran/jualan/ aktiviti Dxing
10.00am – 1.00tgh - Taklimat RAE (khemah utama)
2.30ptg - 3.30pm - Taklimat Spesifikasi pensijilan SIRIM –
4.00ptg - 6.00pm - Majlis persamian
8.30pm - 11.00pm - Sesi perkongsian pengalaman dan aktiviti
radio amatur tempatan dan luar negara
- Karaoke

20/5/2012 ( AHAD )

9.00am Pendaftaran pengunjung
9.00am - 6.00pm - Pameran/Booth jualan/ aktiviti Dxing
10.00am - 12.00tgh - Tele-match radio amatur
2.30pm - 5.00pm - Aktiviti Dxing/pertandingan Vespa antik
5.00pm - Ucapan dan penyampaian sijil
penghargaan semua peserta
6.00pm - Bersurai.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Roslan Ghani (Event Manager)
+60193378088
9M2YRS - Rasid Sidek
+60193317388
9W2HOZ- Pak Lah
9W2JQQ -Pak Razif

EYEBALL KSRAC

Pada 27/4/2012 (jumaat) eyeball akan diadakan di base station 9w2bds (Taman Kenanga, Jitra) pada pukul 9 malam. Semua ahli KSARC dijemput hadir

HARI KELUARGA ASTRA (5/5/2012)

MAJLIS HARI KELUARGA ANJURAN ASTRA PUSAT:
__________________________________________
Tarikh: 5 Mei 2012 (Sabtu)
Tempat/Venue: R & R Bagan Ajam.
Masa Pendaftaran: 5.30 petang.
Semua ahli ASTRA seluruh negara dijemput

Wednesday, April 18, 2012

MAJLIS PERLANCARAN MARL - 19/5/2012

Insya-Allah, jika tiada sebarang perubahan, MARL akan di lancarkan olih YB Dato Seri Rais Yatim pada 19hb Mei 2012, jam 3.00 petang di tapak HAMFEST MALAYSIA 2012, Taman Metropolitan, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Perjumpaan bersama SKMM yang di jadualkan pada 20hb April 2012, telah di tunda kepada 23hb April 2012, jam 4.00 petang ( tertakluk kepada perubahan ).

RAE EXAM - 27/6/2012

Untuk Makluman Semua Rakan2 SWaL Atau Yang Berminat Untuk Memiliki Lesen Radio Amatur. Pendaftaran Peperiksaan RAE Sudah Dibuka. Sila Daftar Untuk Peperiksaan Yang Akan Diadakan Pada 27 Jun 2012. Daftar Sebelum 11 Mei 2012.

Daftar Secara Online Di https://sems.skmm.gov.my/sems/

. Harap Maklum Dan Tindakan. Hebahkan Pada Rakan2 Yang Berminat.

Welcome to SKMM Examination Management System Radio Amateur Service
sems.skmm.gov.my

Friday, April 13, 2012

HAM RADIO NEWS



Ham Radio News

JASRA JOHOR FIELD DAY

JASRA JOHOR akan mengadakan Aktiviti " Field Day " pada 18 - 20 hb Mei 2012, di Plaza Angsana, Johor Bahru, sempena Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Johor. Pelbagai aktiviti akan diadakan pada hari tersebut, termasuk anttena worksyop, repeater worksyop, Dxing dll, JANGAN LEPASKAN PELUANG INI UNTUK BERSAMA JASRA JOHOR !!!

Wednesday, April 11, 2012

MESYUARAT HAMFEST 2012

Satu Mesyuarat HAMFEST 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 16/4/2012, jam 9.00 malam, bertempat diRestoran Salam, SS 7 / 9, KelanaJaya, Selangor. Segala maklumat, sila berhubung dengan 9M2YRS, Pak Yop (019 331 7388). Kehadiran di hargai.

PERAK HAM MEGAEYEBALL 21/4/2012

Mega Eyeball di IPOH
Event for PARTS · By Hanif Hotelbravocharlie

Saturday, April 21, 2012
8:50pm
Bertempat di Wakaf Parts .
Tujuan = Mengeratkan silaturahim antara rakan ham.
= Mendaftar untuk perlawanan Persahabatan Bowling
pd 1 Mei 2012.
=Kutipan eyeball sebanyak Rm 10 seorang

JASRA 2M NET 11/4/2012

Acara JASRA 2M NET SEDANG berlangsung pada malam ini, 11 hb APRIL 2012, Hari Rabu, jam 9.00 mlm - 12.00 tgh mlm. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650, Mersing 146.900, -0.6, 127.3 ; atau ECHOLINK - 9M4GJS-R - 9M4RLD JASRA LINKING. Net Controller: 9W2UHF, QRA: ADI : QTH: JOHOR BAHRU. Penyertaan anda menceriakan jaluran amatlah di hargai

Tuesday, April 10, 2012

PERTABALAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG



Menjunjung kasih dan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Al-Haj dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

PAMERAN RADIO AMATUR DI SMK DATO' ONN, SIMPANG LIMA, BATU PAHAT, JOHOR

JASRA JOHOR akan mengadakan Pameran Radio Amatur di SMK Dato' Onn, Simpang Lima, Batu Pahat pada 21 hb April (8.00 pg - 1.30 ptg), Hari Sabtu, di Dewan Terbuka SMK Dato' Onn, Batu Pahat sempena Hari Karnival Kokurikulum. Semua di jemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Biro Pameran JASRA - 9W2PHM, Cikgu Izam ( 012 750 4037 )

PAMERAN RADIO AMATUR DI POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA

JASRA JOHOR akan mengadakan Pameran Radio Amatur di Politeknik Merlimau, Melaka pada 12hb April (8.00 pg - 5.00 ptg) & 13 April 2012 (8.00 pagi - 12.30 tgh), Hari Khamis dan Jumaat, di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka sempena Hari Pelancaran Politeknik Merlimau Racing Team (POMERT) dan Hari Inovasi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Semua di jemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 9W2AYX, Abg Ally ( 019 686 2227 )

Monday, April 9, 2012

BORNEO AMATEUR RADIO FESTIVAL 2012

BORNEO AMATEUR RADIO FESTIVAL 2012

Tarikh : 14 & 15 Disember 2012
Tempat : Kuching, Sarawak (lokasi terkini akan dimaklumkan)
Aktiviti : Fox hunting, CW Receiving, Eyeball QSO, Majlis makan malam dan mesyuarat

ARCS FAMILY DAY 2012

ARCS FAMILY DAY 2012

Tarikh : 14 & 15 April 2012
Tempat : Homestay Sematan, Kuching
Agenda : 1. Ucapan alu-aluan Priseden ARCS
2. Majlis Makan Malam
3. DXing

* Bayaran : RM40.00 seorang dan tambahan RM10.00 untuk setiap seorang ahli keluarga (termasuk kanak-kanak)

** Untuk penginapan, sila bawa bersama khemah/ kanvas sendiri.

Kepada sesiapa yang berminat, sila berhubung dengan En. Saifol Zaini (9W8SBZ), En. Aldrain (9M8WAT) dan En. Syed Azimin (9M8SYA) secepat mungkin untuk memudahkan urusan aktiviti tersebut.

PERBINCANGAN ROUNDTABLE PENUBUHAN MARL KALI PERTAMA





PERBINCANGAN PENUBUHAN MARL KALI PERTAMA

Terima kasih kepada semua pihak (MARTS / MARES / JASRA / PEMANCAR / MERACC / NESRAC DLL ) yang telah hadir pada Perbincangan Round Table kali pertama di Rumah Kelab Mares, Petaling Jaya pd 8 hb April 2012. Insya-Allah, jika tiada halangan, Mesyuarat Penaja Penubuhan akan diadakan pada 20 hb April 2012 ( tertakluk kepada perubahan ) , yang akan di pengerusikan olih pihak SKMM. Persatuan2 akan di jemput utk menghantar wakil (1-2org sahaja) dari jawatan Presiden / Tim. Presiden dan Setiausaha. Gabungan hanyalah (1) untuk menjaga kepentingan serta pendapat persatuan HAM Masing2. (2) Bersuara dengan cara berkelumpuk sipaya ianya menjadi lebih kuat dan di terima (3) Menjalankan aktiviti1 dengan lebih aktif dan efektir didalam satu kumpulan yang besar(4) Tidak dibendung olih polisi2 sesetengah persatuan lain. Peranan persatuan2 akan tetap berjalan secara biasa, contohnya MARTS akan mewakili Malaysia di IARU, MARES di bidang Emergency Communication, ASTRA di Nasional Linking dsb. Semuga niat murni ini untuk mengabungkan semua persatuan HAM dibawah satu naungan akan mendapat keredhaan ALLAH dan berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Sunday, April 8, 2012

RAKL 2M NET HARI PERTABALAN DYMM YANG DIPERTUAN AGONG

Ham Kuala Lumpur
Assalamualaikum..sukacita dimaklumkan bahawa RAKL akan mengadakan satu sesi check net bersempena Hari Pertabalan DYMM YANG DIPERTUAN AGONG pada:

Tarikh:10hb April 2012
Hari: Selasa malam Rabu
Masa: 9pm
Frekuansi: 147.650 -600 233.6

Acara check net ini akan dikendalikan oleh 9W2SOQ(SC3 OB1) bersama 9W2 YBJ(SC3 AZZ).

MESYUARAT PENYELARASAN JASRA & PBSM JOHOR

MESYUARAT PENYELARASAN JASRA JOHOR DAN PBSM NEGERI JOHOR akan diadakan pada 21hb April 2012, jam 10.00 pagi, bertempat di Bangunan PBSM Negeri Johor, (Belakang Balai Polis Tampoi), No 3, Jalan Bacang, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru. AJK JASRA - 9W2HOZ, 9W2LCM, 9W2SGT, 9W2EKP, 9W2RFS, 9W2JHR dan 9W2JJX adalah di jemput untuk menghadiri mesyuarat ini. Kehadiran adalah di wajibkan.

MESYUARAT KHAS JASRA JOHOR

MESYUARAT KHAS AJK JASRA JOHOR akan di adakan pada Hari Rabu, 11hb April 2012, jam 10.00 pagi, bertempat di No 57, Bangunan Ozzdong, Jalan Kuning 2, Taman Pelangi, Johor Bahru. Kehadiran adalah di hargai

PENAFIAN ASTRA MALAYSIA

INFO DARI ASTRA
PENAFIAN
ASTRA pusat tidak mempunyai sebarang akaun dilaman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, Skype dan lain-lain. Sebarang maklumat atau informasi kepada ahli akan dibuat melalui laman web rasmi PERSATUAN di astra.org.my. ASTRA pusat juga tidak bertangungjawab ke atas mana-mana laman sosial yang dibangunkan oleh komuniti negeri untuk kemudahan ahli di negeri masing-masing

WORLD AMATEUR RADIO DAY

World Amateur Radio
IARU Region 1 Member Societies

World Amateur Radio Day.



Each year on 18 April, Radio Amateurs, celebrate World Amateur Radio Day. On that day, 83 years ago, in 1925, the International Amateur Radio Union (IARU) was founded.

The theme of the celebrations this year is: “Amateur Radio: A Foundation for Technical Knowledge”.

It is no secret that lot of professionals in the field of radio, TV, communications, electronics, etc. have started their technical education as young Radio Amateurs. Although Amateur Radio has a different face nowadays – Digital Communications, Voice over Internet Protocol, Satellite up- and downlinks, etc. – it is even of greater value as a foundation for technical knowledge for youngsters. And much more – it is and should be used as unique attraction for future young Radio Amateurs.

The IARU Region 1 Executive Committee would like to use the occasion to promote and publicise Amateur Radio, and appeals to all Member Societies to find suitable ways of celebrating World Amateur Radio Day. Many ways can be considered – inviting youngsters to Radio Clubs, showing up on the air with a special callsign, organising a station in public area with media coverage or publicly honouring veterans. Whatever method is chosen, I suggest that you write and publish a Press Release for the media, giving the background to World Amateur Radio Day, and promoting the value of Amateur Radio as a foundation for a technical career.

The Executive Committee will be very pleased to hear how Member Societies chose to celebrate World Amateur Radio Day – write to us with your stories and send us photos. They will be published on the Region 1 website and will be of great interest to the amateur radio community.

Ole Garpestad, LA2RR
President
IARU Region 1

CADANGAN PENUBUHAN GABUNGAN PERSATUAN2 RADIO AMATUR MALAYSIA

SALAM SEJAHTERA.
PUCUK PIMPINAN PERSATUAN2 / KELAB2 HAM MALAYSIA.

Melalui beberapa perbincangan diantara saya, 9W2HOZ dan Veteran2 / Senior2 HAM, kami berpendapat perlunya di wujudkan satu gabungan Persatuan Radio Amatur Malaysia, bagi mewakili pengiat2 radio amatur di dalam perkara2 rasmi, yang perlu di bawa ke pihak berkaitan, khususnya SKMM dan pihak Kerajaan Malaysia. Sejak akhir2 ini, terdapat pelbagai pihak yang menubuhkan dan mendaftar persatuan HAM di peringkat Daerah dan Negeri, menambahkan bilangan persatuan di samping yang telah sedia ada, yang hanya akan menyebabkan perpecahan dikalangan rakan HAM. Jesteru itu, kami berpendapat, persatuan2 HAM perlu di satukan di bawah satu naungan, yang akan menyuarakan hasrat HAM di Malaysia di dalam satu nada.

CADANGAN:

PENUBUHAN - GABUNGAN PERSATUAN RADIO AMATUR MALAYSIA yang akan di singkatkan MARL. Dalam Bahasa Inggeris - Malaysia Amateur Radio League.

1.0 KEAHLIAN - Terbuka kepada semua Persatuan2 / Kelab2 HAM yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), dan pendaftaranya masih aktif ketika permohonan menjadi ahli.

2.0 AHLI JAWATANKUASA SMARTS -

1.0 Presiden, Tim. Presiden - Akan di lantik mengikut giliran, diatas persetujuan penyandang jawatan. (saperti Yang Di Pertuan Agong)

2.0 Setiausaha kehormat dan bendahari kehormat - Akan di lantik olih AJK.

3.0 AJK - Terdiri daripada 2 orang wakil ( Presiden/ Tim. Presiden & Setiausaha ) daripada persatuan2/kelab2 yang menjadi ahli.

Sekiranya pimpinan persatuan/kelab dilantik memegang jawatan tertinggi MARL, timbalannya adalah automatik mewakili persatuan2/kelab2 untuk menjadi AJK MARL sebagai wakil persatuan/kelab.

3.0 AHLI PENASIHAT / COUNCIL MEMBER
Sebuah jawatankuasa penasihat (Council members) yang bersifat BERKECUALI / NEUTRAL akan dilantik, bagi memantau dan memastikan ketelusan didalam pentadbiran MARL.

4.0 BAYARAN YURAN -

Akan di perbincangkan.

5.0 HALA TUJU MARL

- Mewakili semua persatuan2 / kelab HAM untuk berurusan dengan pihak Kerajaan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan pengiat radio amatur di Malaysia.

- Mengadakan aktiviti2 yang mempunyai kaitan didalam kegiatan radio amatur.

- Menjadi timbangtara kepada semua persatuan2/kelab radio amatur / pengiat radio amatur.

Tersebelum ini, saya juga mencadangkan agar MARTS memainkan peranan diatas, tetapi menyedari perlembagaan MARTS adalah terbuka kepada ahli individu, ianya menjadi tidak sesuai untuk mewakili persatuan2 / kelab2 HAM di Malaysia. Jika di ubah perlembagaannya juga, apakah nasib ahli2 individu yang sedia ada.

Menyedari hakikat bahawa HAM di Malaysia perlu bersatu dibawah satu naungan, satu suara, satu hati, maka kami ingin mencadangkan penubuhan MARL dan menawarkan keahlian kepada persatuan2 / kelab2 HAM yang berdaftar dengan ROS dan masih aktif.

Walaubagimanapun, Peranan persatuan yangsedia akan di teruskan, sebagaimana MARTS masih memainkan peranan sebagai wakil Malaysia di peringkat IARU, MARES didalam bidang EmComm, ASTRA National Linking dsb.

Kami mohon jasabaik dan pertimbangan pihak persatuan2 / kelab2 HAM di Malaysia ini, agar dapat memberi sokongan dan "feed back" terhadap perkara ini. Jika mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya, Respon dari pihak anda amatlah di hargai. Harap dapat forward emel ini kepada pihak AJK / Majlis Kerja Tertinggi Persatuan2 / Kelab2, yang mungkin anda mengetahui emelnya.

Yang Berusaha,

Abd lah Abdullah bin Awang,
Urusetia Penaja,
GABUNGAN PERSATUAN RADIO AMATUR MALAYSIA - MARL
selaku PRESIDEN JASRA JOHOR.
Tel: 019 777 0435 / 016 7166515.
Emel: 9w2hoz@gmail.com