VISITOR COUNTER

Sunday, April 8, 2012

CADANGAN PENUBUHAN GABUNGAN PERSATUAN2 RADIO AMATUR MALAYSIA

SALAM SEJAHTERA.
PUCUK PIMPINAN PERSATUAN2 / KELAB2 HAM MALAYSIA.

Melalui beberapa perbincangan diantara saya, 9W2HOZ dan Veteran2 / Senior2 HAM, kami berpendapat perlunya di wujudkan satu gabungan Persatuan Radio Amatur Malaysia, bagi mewakili pengiat2 radio amatur di dalam perkara2 rasmi, yang perlu di bawa ke pihak berkaitan, khususnya SKMM dan pihak Kerajaan Malaysia. Sejak akhir2 ini, terdapat pelbagai pihak yang menubuhkan dan mendaftar persatuan HAM di peringkat Daerah dan Negeri, menambahkan bilangan persatuan di samping yang telah sedia ada, yang hanya akan menyebabkan perpecahan dikalangan rakan HAM. Jesteru itu, kami berpendapat, persatuan2 HAM perlu di satukan di bawah satu naungan, yang akan menyuarakan hasrat HAM di Malaysia di dalam satu nada.

CADANGAN:

PENUBUHAN - GABUNGAN PERSATUAN RADIO AMATUR MALAYSIA yang akan di singkatkan MARL. Dalam Bahasa Inggeris - Malaysia Amateur Radio League.

1.0 KEAHLIAN - Terbuka kepada semua Persatuan2 / Kelab2 HAM yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), dan pendaftaranya masih aktif ketika permohonan menjadi ahli.

2.0 AHLI JAWATANKUASA SMARTS -

1.0 Presiden, Tim. Presiden - Akan di lantik mengikut giliran, diatas persetujuan penyandang jawatan. (saperti Yang Di Pertuan Agong)

2.0 Setiausaha kehormat dan bendahari kehormat - Akan di lantik olih AJK.

3.0 AJK - Terdiri daripada 2 orang wakil ( Presiden/ Tim. Presiden & Setiausaha ) daripada persatuan2/kelab2 yang menjadi ahli.

Sekiranya pimpinan persatuan/kelab dilantik memegang jawatan tertinggi MARL, timbalannya adalah automatik mewakili persatuan2/kelab2 untuk menjadi AJK MARL sebagai wakil persatuan/kelab.

3.0 AHLI PENASIHAT / COUNCIL MEMBER
Sebuah jawatankuasa penasihat (Council members) yang bersifat BERKECUALI / NEUTRAL akan dilantik, bagi memantau dan memastikan ketelusan didalam pentadbiran MARL.

4.0 BAYARAN YURAN -

Akan di perbincangkan.

5.0 HALA TUJU MARL

- Mewakili semua persatuan2 / kelab HAM untuk berurusan dengan pihak Kerajaan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan pengiat radio amatur di Malaysia.

- Mengadakan aktiviti2 yang mempunyai kaitan didalam kegiatan radio amatur.

- Menjadi timbangtara kepada semua persatuan2/kelab radio amatur / pengiat radio amatur.

Tersebelum ini, saya juga mencadangkan agar MARTS memainkan peranan diatas, tetapi menyedari perlembagaan MARTS adalah terbuka kepada ahli individu, ianya menjadi tidak sesuai untuk mewakili persatuan2 / kelab2 HAM di Malaysia. Jika di ubah perlembagaannya juga, apakah nasib ahli2 individu yang sedia ada.

Menyedari hakikat bahawa HAM di Malaysia perlu bersatu dibawah satu naungan, satu suara, satu hati, maka kami ingin mencadangkan penubuhan MARL dan menawarkan keahlian kepada persatuan2 / kelab2 HAM yang berdaftar dengan ROS dan masih aktif.

Walaubagimanapun, Peranan persatuan yangsedia akan di teruskan, sebagaimana MARTS masih memainkan peranan sebagai wakil Malaysia di peringkat IARU, MARES didalam bidang EmComm, ASTRA National Linking dsb.

Kami mohon jasabaik dan pertimbangan pihak persatuan2 / kelab2 HAM di Malaysia ini, agar dapat memberi sokongan dan "feed back" terhadap perkara ini. Jika mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya, Respon dari pihak anda amatlah di hargai. Harap dapat forward emel ini kepada pihak AJK / Majlis Kerja Tertinggi Persatuan2 / Kelab2, yang mungkin anda mengetahui emelnya.

Yang Berusaha,

Abd lah Abdullah bin Awang,
Urusetia Penaja,
GABUNGAN PERSATUAN RADIO AMATUR MALAYSIA - MARL
selaku PRESIDEN JASRA JOHOR.
Tel: 019 777 0435 / 016 7166515.
Emel: 9w2hoz@gmail.com

No comments:

Post a Comment