VISITOR COUNTER

Friday, June 22, 2012

9M2 Land 10M CQ Day 2012

Esok, tanggal 23 June 2012 bersamaan dengan hari Sabtu, 3 Syaaban 1433 sejarah akan tercipta dalam dunia radio amatur di Malaysia. Dimana buat pertama kalinya, aktiviti DXING serentak di hampir seluruh negara akan dijalankan. 10m CQ Day ini akan bermula pada pukul UTC 0900, Malaysia Local Time 5.00 pm. Aktiviti Dxing ini melibatkan penglibatan seramai 15 Station dari segenap penjuru negara Malaysia. Antaranya ialah :

9M2ZAK 28.403
9M2ESM 28.417
9W2VAR 28.460
9M2KRZ 28.465
9W2SBL 28.470
9W2MZY 28.475
9W2SGN 28.480
9W2ZLH 28.485
9W2SBD 28.488
9W2JFF 28.490
9W2EJT 28.4988
9W2GEO 28.505
9W2VVH 28.511
9W2JDD/9W2CCM 28.515
9W2TS 28.520

dan disokong sepenuhnya oleh :
9M2ZAK
9M2ESM
9M2RMT
9M2GET
9M2BAL

Objektif aktiviti ini adalah tidak lain tidak bukan untuk memperkenalkan negara Malaysia ke seluruh dunia melalui gelombang radio. Ini adalah kerana melalui saluran inilah (gelombang radio) kita dapat berkomunikasi dengan rakan - rakan lain di seluruh dunia tanpa sebarang halangan dan batasan.

Disamping itu juga, 9m2 land 10m CQ Day 2012 ini juga dapat memperkenalkan callsign 9W2, di dunia HF, dimana selama ini, prefix ini tidak beberapa dikenali oleh rakan - rakan lain di negara luar. Mereka hanya mengenali Prefix 9M sahaja, kerana 9M ada tercatat dalam peta Radio Amateur World Map keluaran syarikat Yaesu dari Jepun ini. Saya percaya, peta yaesu ini dimiliki oleh hampir seluruh peminat radio amatur dan sudah pastinya ia menjadi rujukan pertama mereka semasa mereka menjalankan aktiviti DXING mereka.

Sehubungan dengan itu, dengan perahan idea dan kerjasama dari rakan - rakan, maka terhasillah aktiviti ini. Ianya secara tidak langsung mengeratkankan lagi tali persaudaraan dan persahabatan dalam kalangan kita peminat radio amatur ini.

More on 9M2ZAK's blog - http://9m2zak.blogspot.com/2012/06/9m2s-land-10m-cq-day-2012.html

No comments:

Post a Comment