VISITOR COUNTER

Monday, July 23, 2012

Majlis Dialog MARL & Majlis Berbuka Puasa MARES 2012



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena Bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia ini, MARES akan menganjurkan satu majlis berbuka puasa, bagi semua rakan-rakan ham di kawasan Lembah Kelang dan sekitarnya (Terbuka untuk ahli, bukan ahli dan SWL). Majlis ini akan diadakan secara "pot luck". Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dikalangan semua rakan-rakan radio amatur. 

Bagi pihak AJK MARES, kami ingin menjemput semua warga MARES dan warga radio amatur untuk sama-sama menyertai majlis ini, yang akan diadakan pada tarikh berikut::-

Acara: Majlis Potluck Berbuka Puasa dan Terawih MARES
Tarikh: Sabtu, 4 Ogos 2012
Masa: 6:00PM - lewat malam. 
Lokasi: Rumah Kelab MARES, 4A Jalan Tinggi 6/12, Petaling Jaya

Tentatif Aturcara majlis  adalah seperti berikut: 
4:00 PM - Majlis Dialog MARL 
5:00 PM - Ketibaan jemputan
7:30 PM - Berbuka Puasa dan Solat Maghrib
7:45 PM - Jamuan
8:30 PM - Solat Isya' dan Tarawikh 
10:00 PM - Jamuan ringan dan seisi terbuka

Rakan-rakan ham yang ingin menyertai acara ini, jika anda ingin membawa makanan, sila hubungi Azizul 9W2FD ( 9w2fd@mares.org.my / 012-3713960) atauRashid 9W2TR ( 9w2tr@mares.org.my / 016-6087701). Sumbangan wang tunai dan lain-lain bahan juga dialu-alukan. 

Bersempena dengan majlis ini, untuk membersihkan kawasan rumah kelab, satu sesi gotong royong akan diadakan pada tarikh berikut:-

Acara: Gotong Royong Pembersihan Rumah Kelab MARES
Tarikh: Sabtu, 28 Julai  2012
Masa: 4:00PM - 6:30PM - gotong royong, 7:30PM - Berbuka Puasa BBQ 
Lokasi: Rumah Kelab MARES, 4A Jalan Tinggi 6/12, Petaling Jaya

Diharap semua warga MARES dan rakan radio amatur, dapat menghadiri majlis ini.

Semoga kita dapat mendapat berkat dari acara yang dijalankan ini. Jumpa di rumah kelab pada tarikh diatas. 

73 de MARES
http://mares.org.my/

No comments:

Post a Comment