9M2SIX & ASEAN-INDIA CAR RALLY 2012, Merentasi 8000 km Bersama Bendera MARL
9M2SIX akan menyertai dan diberi tanggungjawab memberi perkhidmatan comm & Marshal Commucination pada acara ASEAN-INDIA CAR RALLY 2012. Peserta terdiri dari 11 buah negara iaitu Indonesia, Singapura, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Pakistan, China, Vietnam & India. 9M2SIX juga akan mengadakan DXING di setiap negara yang dilawati. ASEAN-India Car Rally 2012 akan berlepas di Yogjakarta, Indonesia, pada 25 November 2012 dan akan tiba di perhentian akhir di Guwahati, India pada 17 Disember 2012. ASEAN-INDIA CAR RALLY akan merentasi 8000 km bersama 240 peserta dengan 60 kenderaan. 9M2SIX akan belepas bersama Vehicular Repeater, 2 unit HF trx, & APRS.
Sokongan dari rakan ham diperlukan. Bagi yang ingin membantu dari segi peralatan komunikasi seperti APRS, set HF dan lain-lain boleh lah emailkan kepada beliau 9m2six@gmail.com . Beliau akan berlepas membawa bendera MARL. (Sumber program dari laman web Ministry of External Affairs of India - http://mea.gov.in/mystart.php?id=530119826)
No comments:
Post a Comment