VISITOR COUNTER

Thursday, October 4, 2012

LAPORAN AKHBAR SINAR EDISI PERAK - 4/10/2012

LAPORAN AKHBAR SINAR EDISI PERAK

LAPORAN AKHBAR METRO - Jelas menunjukan peralatan walkie talkie bukan milek pengendali rado amatur.

MARL melahirkan rasa kekesalan dan dukacita atas maklumat yang tidak tepat diberikan berhubung keratan akhbar di atas. Ini memberikan impak yang negatif dan pandangan buruk masyarakat terhadap penggi
at Radio Amatur di Malaysia yang turut menyumbang dan membantu dalam komunikasi sewaktu bencana dan kecemasan.

Radio Amatur ditakrifkan dalam Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 di bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 sebagai “Perkhidmatan Radio Komunikasi (termasuk Terrestrial dan Satellite) dimana sesebuah stesen digunakan bagi maksud latihan sendiri, interkomunikasi dan kajian teknikal yang dibuat oleh seseorang yang ditauliahkan yang berminat dalam teknikal radio khususnya secara persendirian dan tanpa mempunyai niat lain”.

Oleh itu, sindiket pengedaran dadah yang menggunakan ‘walkie-talkie’ atau pengunaan set komunikasi radio dua hala, tidak ada kaitan langsung dengan Radio Amatur kerana tidak ditauliahkan Penguntukan Radas Perkhidmatan Radio Amatur di bawah Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

MARL akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan akhbar berkenaan membetulkan kenyataan yang tidak tepat dan mengelirukan pelbagai pihak..





MARL membantah keras terhadap tuduhan yang di gunakan olih akhbar Sinar didalam melaporkan kejadian tersebut. Pemberita akhbar Sinar seharusnya memahami perbedzaan diantara Radio Amatur dan Walkie Talkie. Tuduhan ini telah mencemarkan masyarakat dan kommuniti radio amatur di Malaysia. MARL mendesak akhbar Sinar agar membuat kenyataan MAAF secara terbuka kepada masyarakat dan kommuniti radio amatur malaysia diatas kesilapan laporan.



No comments:

Post a Comment