Asalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, saya akan membawakan kepada anda laporan langsung Persidangan SEANET KE-40 yang kini sedang berlangsung di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur
Menurut sekretariat SEANET KE-40, para peminat radio amatur tempatan yang masih ingin menyertai persidangan ini boleh pendaftaran di Hotel Dynasty dengan membuat pembayaran sebanyak RM500. Ini termasuk seminar dan juga jamuan gala esok.,
Sedikit mengenai Jaringan Radio Amatur Asia Tenggara (SEANET). SEANET telah diwujudkan pada tahun 1964 untuk mempromosikan hobi di kalangan peminat radio amatur untuk melakukan kerja-kerja kecemasan, perubatan dan penyelesaian trafik. Menariknya, perhubungan ini hanya berlangusng di udara di jalur 20 meter melalui frekuensi 14.320MHz. Perhubungan di udara ini berlangsung setiap hari telah merapatkan hubungan antara peminat radio amatur di seluruh dunia terutama di rantau ini.
Pernah satu ketika di mana persidangan di udara ini sedang dilakukan, seorang ibu di Sri Lanka yang anaknya sedang sakit dan memerlukan ubat yang khas dan sukar diperoleh. Peminat radio amatur itu cuba mencari ubat berkenaan melalui perhubungan radio amatur melalui rakan-rakan di rantau ini termasuk di Australia dan Singapura.
Kemudian, salah seorang daripada mereka menghubungi rakan mereka di Amerika Syarikat dan berjaya memperoleh ubat berkenaan. Ubat itu seterusnya diterbangkan dari California dan berjaya menyelamatkan anaknya berkenaan.
Satu lagi cerita menarik mengenai kebaikan SEANET ialah di mana seorang suami yang berada di dalam hutan berjauhan ribuan kilometer dari isterinya yang akan bersalin di Singapura. Suaminya menggunakan persidangan udara SEANET untuk mengetahui perkembangan isterinya di Singapura yang dimaklumkan oleh rakan radio amaturnya.
Apa yang ingin diperkatakan ialah perkhidmatan radio amatur ini mampu melangkaui perkhidmatan selular atau telefon mudah alih dalam apa juga keadaan.
Majlis perasmian SEANET KE-40 akan disempurnakan oleh wakil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia esok. Seminar dan bengkel SEANET juga akan turut diadakan esok dengan beberapa pembentang kertas kerja akan membentangkan beberapa tajuk menarik mengenai radio amatur.
Antara kertas kerja menarik yang akan dibentangkan ialah pengenalan kepada AMSAT dan satelit radio amatur oleh wakil dari New Zealand, radio amatur untuk kanak-kanak dan komunikasi radio amatur kecemasan oleh wakil dari Thailand. Semua ini akan berlangsung esok selepas majlis perasmian.
Ahad, para peserta dan perwakilan akan dibawa melawat KLCC, Kompleks Kraf, Muzium Islam dan Istana Negara lama.
Para peserta SEANET Ke-40 akan dibawa melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan di Serdang serta melawat Putrajaya sebelum majlis penutup yang akan diadakan Selasa ini.
Peminat radio amatur masih boleh mendaftar untuk SEANET Ke-40
Oleh MOHD. HAZLI HASSAN
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Peminat radio amatur tempatan yang mahu menghadiri seminar, bengkel serta jamuan makan malam gala Persidangan Jaringan Radio Amatur Asia Tenggara Ke-40 (SEANET Ke-40) masih boleh mendaftar untuk tujuan itu.
Pengarah Projek SEANET Ke-40, Sharizad Husin berkata, walaupun mereka tidak melakukan tempahan awal, mereka yang berminat masih boleh menyertai persidangan itu yang bermula esok.
"Mereka boleh hadir terus ke lokasi persidangan di Hotel Dynasty, Jalan Ipoh untuk mendaftar dan membuat pembayaran sebanyak RM500.
"Ini termasuk bayaran menghadiri seminar dan bengkel sepanjang persidangan berlangsung.
"Malah jika mereka hanya ingin menyertai sama ada seminar atau makan malam gala juga boleh dilakukan dengan bayaran berlainan," katanya.
Menurut Sharizad lagi, sehingga hari ini, seramai 50 peserta bersama pasangan masing-masing sudah melakukan pendaftaran dan pihaknya menjangkakan baki 50 peserta lagi akan hadir malam ini.
Pelancaran Persidangan SEANET Ke-40 ini akan diadakan esok dan diikuti dengan seminar dan bengkel yang akan dibentangkan oleh pengamal radio amatur dari New Zealand, United Kingdom, Thailand, Indonesia dan Malaysia.
Mereka yang berminat boleh menghubungi 017-7338676 atau melayari laman web www.2012sea.net untuk maklumat lanjut. - UTUSAN
Asalamualaikum dan salam sejahtera. Anda bersama saya lagi hari ini untuk hari kedua Persidangan SEANET Ke-40 di Hotel Dynasty Kuala Lumpur
Majlis hari ini dimulakan dengan pembentangan kertas kerja mengenai AMSAT, pengenalan kepada satelit radio amatur oleh Presiden AMSAT-New Zealand, Terry Carrel
Terry: Idea untuk menggunakan satelit ialah ia lebih mudah dan senang untuk digunakan walaupun pada jalkur 10m Sistem radio amatur seklarang mereka menggunakan antena automatik untuk mencari lokasdi satelit yang dinginkan
Terry: Pada tahun 1959m satelit radio amatur dilancarkan oleh OSCAR (Orbiting Satellite Carrying Amateur Radio) untuk membolehkan peminat radio amatur menggunakan sistem satelit
Terry: Pada tahun 2000, New Zealand merasakan sudah sampai masanya mereka membina sendiri sistem satelit mereka KiwiSAT
No comments:
Post a Comment