VISITOR COUNTER

Tuesday, July 23, 2013

PETIKAN DARIPADA ANGKASA121.BLOGSPOT.COM

Hormat Menghormati Dalam Perspektif Radio Amatur

Apa itu MARL ?

Baru-baru ini kecoh pasal penubuhan MARL. Penulis tidak berpihak dimana-mana. Cuma disini penulis ingin jelaskan pendapat secara peribadi, ini berdasarkan kaji selidik dengan beberapa persatuan dan juga AJK MARL dan juga penasihat2 MARL dan juga individu2 veteren dalam Ham Radio. Dan mereka ini bukan calang2 orang ada antara nya Life Member of MARTS...ada yang pernah menerajui MARTS satu ketika dahulu. Menjadi President dan juga Setiausaha. Satu pertanyaan pada anda sudahkah anda menemui Majlis Tertinggi MARL? Sudah kah anda menemui bekas President MARTS atau Setiausaha MARTS di sekitar tahun 1990 - tahun 2000 ?? Dan pernah tak anda tanyakan persoalan pada mereka2 ini???

Sudahkah anda menemui mereka-mereka yang menubuhkan MARL?
Apakah Releven nya MARL ?
Apakah MARL menggantikan MARTS?
Apakah yang tidak betul dengan MARL?

Ada pihak yang menyatakan MARL ini hanya atas pada dokumen sahaja, tapi apakah agenda mereka sebenarnya? Apakah mereka ini boleh dipercayai? Jika sekiranya anda timbul keraguan mengapa tidak anda terus ajukan perkara ini kepada pentadbiran MARL…atau kepada penasihat-penasihat MARL.


Satu pertanyaan pada anda sudahkah anda menemui Majlis Tertinggi MARL? Sudah kah anda menemui bekas President MARTS atau Setiausaha MARTS di sekitar tahun 1990 - tahun 1998 ?? Dan pernah tak anda tanyakan persoalan pada mereka2 ini???


Apakah patut anda mengambil keputusan dengan tanpa 'consult' dengan pihak AJK MARL? Apakah anda ini adil dalam membuat keputusan dengan tampa usul periksa? Sebelum kita melemparkan sesuatu tuduhan eloklah kita bersifat ADIL dalam melemparkan tuduhan. Hormat ...Menghormati.....bukan norma untuk satu bangsa sahaja...AL-Quraan sudah terlebih dahulu menyuruh kita berbuat demikian.  Isu disini Menyatupadukan semua warga ham apa kah ini tidak BETUL??? 


Penulis sudah baca perlembagaan beberapa  persatuan2 lain. Apa yang dapat penulis rumuskan disini semua persatuan hanya mewakili ahli nya sahaja...dan juga ahli setiap persatuan adalah individu.

Akan tetapi MARL tidak saperti mana-mana persatuan Radio Amatur yang lain di tanah air ini...perbezaannya ialah ia adalah "GABUNGAN PERSATUAN2 RADIO AMATUR MALAYSIA"
Dan dalam perlembagaan nya ahli nya ialah..."PERSATUAN" bukan nya individu. Penulis difahamkan 
AHLI MARL adalah terdiri President, Setiausaha dan Bendahari yang mewakili sesuatu persatuan yg berdaftar sahaja yang layak menjadi AHLI MARL. 

Atas dasar HORMAT MENGHORMATI LAH MARL di TUBUHKAN ianya bagi menghormati semua pengamal radio amatur. jadi tidak timbul isu yang Nagatif disini dan ia akan mengujudkan kesefahaman .....dan arah tuju yang jelas. Tidak timbul isu apakah MARL akan berdaftar dengan  IARU sebab MARL TIDAK akan mengambil alih tugas2 MARTS sebagai wakil kita semua ke IARU. 

Penulis difahamkan semasa perbincangan penubuhan MARL Timbalan President MARTS pun turut serta dalam perbincangan berkenaan dimana pada ketika itu MARTS tetap menjadi wakil kita semua ke IARU.

Jika penulis tanya anda sape yg boleh/ layak menjadi ahli IARU???? Adakah individu ??? Jawapannya Tidak, ahli nya ialah Persatuan yang mempunyai majoriti pengamal radio amatur di setiap negara.
Pada pendapat penulis "Model IARU" ini lah yang digunapakai oleh MARL


Pada pendapat penulis MARL adalah satu badan penyelaras...sama saperti GAPENA (Gabungan Penulis2 Nasional), FMM (Federation Malaysian Manufacturer), FOMCA (Gabungan Persatuan2 Pengguna)

Sekarang satu pertanyaan pada anda. Apakah orang yang anda tanya atau rujuk layak memberi jawapan?? Sudahkah anda selidik latar belakang orang-orang yang anda rujuk itu? Sepatutnya pihak tertentu perlu melihat dari perspektif yang lebih jauh dari mengambil keputusan dan menjatuhkan hukuman …….

Jika sekiranya pihak MARL mempunyai agenda nya tersendiri maka penulis pasti orang lama saperti
9M2RS / 9M2RI / 9M2HM / 9M2RD / 9M2NZ / 9M2KX / 9M2FF / 9M2ZA / 9M2RJ / 9M2ST / 9M2AU dan lain-lain tidak akan datang sewaktu AGM MARL yang diadakan baru-baru ini, dan sudah pastinya ada antara mereka akan BERSUARA menentang penubuhan MARL jika sekiranya ianya tidak betul kerana mereka ini lebih Layak dan lebih berpengetahuan jika dibandingkan dengan mereka yang bersifat terlalu Negatif terhadap MARL. Mengapa ada pihak luar yang menentang penubuhan ini?

APAKAH KREDIBILITI MEREKA TERGUGAT DENGAN TERTUBUHNYA MARL INI? Kenapa sebelum ini bila ditubuhkan persatuan-persatuan lain, tidak ada sesiapa yang menentang atau membantah, bahkah ada yang menyokong….. Sebelum wujud nya persatuan lain semua antara kita sudah tahu siapa itu MARTS dan kebanyakan daripada Ham di Malaysia menjadi Ahli Marts…pada ketika itu. Selepas itu tubuhnya ASTRA kemudian diikuti pula dengan penubuhan MARES dan seterusnya Nesrac…PARTS…Peramah..Jasra dan lain-lain lagi…Kenapa apabila tertubuhnya persatuan-persatuan ini tidak ada siapa yang menentang ???? Kenapa?

Satu lagi pertanyaan pada golongan-golongan yang menentang penubuhan MARL, apakah anda mengatakan kesemua 9M2xx (Dua Alphabet) di atas ini yg dipilih menjadi Penasihat MARL tidak layak menjadi Ahli Penasihat? Jika sekiranya anda fikir kesemua nya tidak layak  dan mengikut firasat anda orang-orang di atas itu tidak boleh pakai kesemuanya maka anda merujuk mengenai isu MARL hanya  kepada segelintir 9M2xx atau 9M2xxx ATAU 9W2xx atau 9W2xxx  yang anda kenali, apakah mereka-mereka ini layak memberi jawapan dan apakah pandangan mereka ini anda terima bulat-bulat sedangkan mereka yang anda rujuk ini tidak tahu tentang MARL dan adakah mereka sudah baca perlembaan MARL atau merujuk dengan mereka-mereka yang terlibat dengan MARL?. Penulis berpendapat pandangan dan tomahan ini tidak adil…sama sekali kerana anda mendengar sebelah pihak……… mengapa tidak anda sendiri menemui AJK MARL dan juga Penasihat-Penasihat MARL dan dapatkan penjelasan sebenarnya. Jika sekiranya anda telah mendengar pandangan daripada kedua belah pihak maka barulah bersifat telus dan adil maka selepas itu barulah layak anda memberi keputusan setelah dikaji baik dan buruknya….

Jangan lah kita terlalu emotional dalam hal ini jika sekiranya anda kata anda ahli tegar MARTS dan anda lebih tahu selok belok tentang  MARTS dan sejarahnya. Apakah orang2 saperti 9M2RS/9M2ZA/9M2RI/9M2RJ/9M2FF/9M2ST/9M2KX/9M2NZ/9M2HM/9M2RD/9M2AU/9M2PV/9M2AI tidak tahu ini semua. SAYA KIRA MEREKA INI LEBIH LAYAK LAGI DARI SAUDARA…….sebab penulis kira mereka ini lebih tahu lagi tentang Marts kalau dibandingkan dengan orang2 yang anda rujuk itu…….

Persatuan Dan Fungsinya
Dua puluh tahun yang lalu di negara kita cuma ada kurang dari 300 orang pemilik Lesen Radio (ketika itu di panggil Lesen) dan ketika itu lebih kurang 70 ke 80% menjadi ahli MARTS..semua orang tahu Marts diujudkan di Pulau Pinang pada tahun 1952. dan pada tahun 70han mereka berdaftar dengan IARU. Marts ketika itu mewakili ahli2 MARTS bagi bersuara di IARU R3. Memang releven lah ketika itu mereka mewakili negara kerana ketika itu itu hanya ada satu persatuan. Masa berlalu apabila komuniti Radio Amatur meningkat menjadi beribu orang..pada tahun 1997 ASTRA ditubuhkan di Kedah. Ini bagi memenuhi dan menjaga kepentingan Radio Amatur di Utara tanah air..kemudian ujudlah MARES dan seterusnya Nasrec....Peramah, Pemancar dll.

Semua persatuan penulis kira misi nya sama cuma MARES sahaja ada bezanya ini kerana Objektif penubuhannya  berbeza sedikit kerana mereka fokus kepada Komunikasi bencana...membantu pihak berkuasa bila berlaku bencana yang besar jika di kehendaki. Dan mereka juga menyediakan Latihan Komunikasi Kecemasan kepada ahlinya dan juga memberi latihan kepada mana-mana persatuan yang perlukan latihan ini. Mereka juga memberi Latihan Komunikasi Kecemasan kepada agensi2 kerajaan di samping itu juga mereka juga mempunyai module latihan "Disaster Communication Management" atau Pengurusan Komunikasi Bencana. Latihan ini hanya diberikan pada ahlinya sahaja. 

Sementara lain2 persatuan misinya sama saperti MARTS cuma yang bezanya hanya mereka ini kebanyakan bergerak mengikut negeri masing-masing.



Adakah anda faham.... apa itu "PERSATUAN" dan apa itu "KESATUAN"?

Sebelum kekecohan ini berlaku ia itu di awal tahun 2012 ada beberapa pengamal Radio Amatur duduk berbincang bagi memperbetulkan isu berkaitan Pentadbiran Radio Amatur Malaysia. Banyak yang kurang setuju jika MARTS menjadi peneraju ini kerana sekarang ini kita ada banyak persatuan dan MARTS pula tidak mengambil sifat pro aktif bagi menjaga hak-hak kepentingan Radio Amatur di negara kita.

Atas alasan ini mereka mengujudkan MARL. Ia itu satu gabungan persatuan maka ianya bersifat lebih telus dan lebih praktikal, mereka-mereka ini berbincang dan memberi penerangan tentang MARL dengan kelab2 atau persatuan lain....akhirnya satelah majoriti persatuan/kelab di Malaysia menyetujui maka mereka terus mendaftarkan MARL dengan Pendaftar Pertubuhan. Sudah menjadi adat dan tradisi. Ada persatuan yang setuju menjadi Ahli dan ada persatuan yang tidak setuju dan ada yang bersifat berkecuali. Suka atau tidak suka kita harus menerima kenyataan. Realitinya majoriti persatuan/kelab bersetuju tentang cadangan tersebut, jadi mereka terpaksa teruskan niat murni mereka kerana tidak ada siapa yang buat perkara ini adalah atas inisiatif pihak-pihak tertentu yang sayangkan hobi ini, jadi apa salahnya jika ada phak tertentu cuba buat suatu perkara untuk menyatukan semua persatuan...apakah niat mereka bagi menyatukan semua perstuan itu salah? 

Jika benar-benar menjiwai Radio Amatur dan mengambil inisiatif mencari kebenaran sudah pastinya anda akan mendapat jawapannya. Kalau sekadar duduk dalam kelumpuk kecil dan QSO dalam bilik kecil, kumpulkan segala QSL card dan AWARD dan paparkan di laman2 sosial  dan meluahkan perasaan melalui laman blog. Itu hanya lah SYOK sendiri. Cuba kita bantu mereka2 diluar sana bergiat aktif dalam persatuan tanya mereka apa yang boleh anda bantu...dan berilah sumbangan berupa tenaga atau wang ringgit mereka ini naik turun KL ada yang datang dari JB ada yang datang dari Perak , Pahang, Trengganu dll. Untuk apa mereka bersusah payah naik turun....belanjakan wang ringgit dan tenaga.? 

Jika anda rasa ragu-ragu tentang penubuhan MARL ini elok lah tuan-tuan dapatkan keterangan dari MT MARL sendiri dari membuat andayan sendiri dan bertanyakan isu MARL ini kepada mereka yang tidak ada kene mengene dengan MARL. Ini kerana jika anda bertanya sesuatu perkara yang bukan ahlinya maka jawapan yang anda terima tidak tepat. Kerana anda menerima info dari sumbur yang salah.  

Kalau anda fikir anda ini hebat....tunjukan lah kehebatan anda buatlah sesuatu yang lebih baik dari mereka. Jika mereka telah buat "Konvensyen Radio Amatur Malaysia" dan "NFD" anda pakatlah sama rakan-rakan anda dan buatlah sesuatu yang lebih hebat dari mereka atau setara dengan mereka  demi untuk kebaikan kita semua.......   

Pada pendapat penulis sepatutnya kita membantu mereka-mereka ini dari kita dok kutuk sana sini. Dalam hati kita kata semua orang tak betul kita rasa kita aje yang betul cuba anda cermin diri anda dulu sebelum melemparkan tuduhan yang melulu dengan tampa usul periksa.....

Cuba kita reset minda kita hentikan pemikiran nagatif yang tersemat dalam jiwa kita. 
Maaf kalau penulis katakan disini hari ini ramai yang hanya pandai bercakap tapi berapa ramai yang tampil kehadapan untuk membantu? Ramai yang baling batu adalah..... lepas tu sembunyi tangan.......

Ubahlah sikap kita.....dan berlaku adilah pada mereka2 yang telah bertungkus lumus membuat suatu pembahruan demi kebaikan kita semua. Penulis mengunjungi KRAM 2013 beberapa minggu yang lalu banyak perkara yang penulis pelajari dan disitu dapat juga menemui Elmer2 yang benar2 menjiwai radio amatur......satu pengalaman yang belum pernah penulis alami....syabas dan terima kasih pada pihak penganjur yang telah menjayakan program tersebut...... 

1 comment:

  1. Tak usah gaduh-gaduh, malulah ham radio di malaysia ni semua berebut pasal jawatan dan kuasa. Buat sesuatu yang berguna sikit, tengok dunia luar sikit jangan jadi katak bawah tempurung. Lebih baik cadangkan kat MCMC tu hapuskan CW sebagai syarat untuk penggunaan gelombang HF, itu lagi baik. Jangan beku sangat fikiran tu.

    ReplyDelete