VISITOR COUNTER

Tuesday, October 8, 2013

PROGRAM WORLD JOTA JOTI 2013

Politeknik Merlimau, Melaka dibawah platform Kumpulan Pengakap Kelana "D" Melaka akan menganjurkan Program World JOTA-JOTI 2013 pada 18-20 Oktober 2013 di Politeknik Merlimau, Melaka. JASRA akan membantu mengendalikan Station sepanjang program.

Pada 18hb Oktober 2013 malam,  pihak jurulatih penerbangan ESB Aero Subang akan memberikan Ground School berkaitan Radio Air Band (SOP & QSO) untuk penerbangan dan flight environment. Atas permintaan juga, kapten penerbangan ingin belajar dari JOTA Master 9M's berkaitan QSO dan mencuba TX HF. Rakan2 Ham yang berminat boleh menghadirkan diri.

Pada 20hb Oktober 2013, Majlis menandantangani MOU Kolaborasi diantara Politeknik Merlimau, Melaka dan JASRA di perasmian penutup.

Untuk sebarang maklumat, sila hubungi Pengerusi Perhubungan JASRA Negeri Melaka, 9W2SFF, Saudara Rozaiman (019 629 8718).

No comments:

Post a Comment