PINDAAN FASAL 4. KEAHLIAN.
 1. Kriteria keahlian adalah saperti berikut:
 
 A. AHLI BIASA.
 i. Pertubuhan / Persatuan / Kelab Radio Amatur yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
 ii. Ahli Biasa akan di wakili oleh Tiga (3) orang wakil, terdiri 
daripada penyandang jawatan didalam Ahli Jawatankuasa Pertubuhan / 
Persatuan / Kelab tersebut, didalam menghadiri Mesyuarat Agung, Mesyuarat Agung Khas, dan berhak mengundi.
 
 B. AHLI BERSEKUTU.
 Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria Ahli Biasa dan tidak mempunyai hak mengundi.
 
 C. AHLI KEHORMAT.
 Trdiri daripada yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi 
sumbangan kepada Pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan 
terkecuali dari pembayaran yuran.dan tidak mempunyai hak mengundi.
 
 D. AHLI SEUMUR HIDUP
 Tiada
 
 E. AHLI REMAJA.
 Tiada
 
 PINDAAN FASAL 6 SUMBER KEWANGAN.
 1. BAYARAN MASUK
 RM 100.00 ( Ringgit Malaysia : Seratus sahaja )
 2. BAYARAN TAHUNAN.
 i. RM 50.00 ( Ringgit Malaysia: Lima Puloh sahaja ) bagi jumlah 
Keahlian Pertubuhan / Persatun / Kelab yang mempunyai keahlian kurang 
daripada 50 orang dan Ahli Bersekutu.
 ii. RM 100.00 ( Ringgit 
Malaysia: Seratus sahaja ) bagi jumlah keahlian Pertubuhan / Persatuan /
 Kelab yang mempunyai keahlian melebihi daripada 50 orang dan kurang 
daripada 150 orang.
 iii. RM 200.00 ( Ringgit Malaysia: Dua Ratus 
sahaja ) bagi jumlah keahlian Pertubuhan / Persatuan / Kelab yang 
mempunyai keahlian melebihi daripada 150 orang dan kurang daripada 300 
orang.
 iv. RM 300.00 ( Ringgit Malaysia: Tiga Ratus sahaja ) bagi 
jumlah keahlian Pertubuhan / Persatuan / Kelab yang mempunyai keahlian 
melebihi daripada 300 orang.
 
 HANYA AKAN TERLAKSANA SETELAH MENDAPAT KELULUSAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment