VISITOR COUNTER

Sunday, November 16, 2014

SUKARELAWAN INFO BENCANA DAN KECEMASAN DIPERLUKAN


SUKARELAWAN INFO BENCANA DAN KECEMASAN DIPERLUKAN
=====================================================

1. Siapa yang kita perlukan ?

- Kalau anda adalah anggota tetap atau sukarelawan agensi Penyelamat, Pengurusan Bencana, Pihak Berkuasa Tempatan, Angkatan Keselamatan.

- Kalau anda adalah anggota sukarelawan pertubuhan NGO seperti PBSM, St.John, Bomba Sukarela, Pertubuhan Amal Tzu Chi, Operator Amatur Radio (HAM), CP, PKS, SRS dan lain-lain yang terlibat dalam pengurusan atau operasi menyelamat.

- Kalau anda adalah pemimpin tempatan, ketua kampong, penghulu, orang-orang penting setempat, Kawan-kawan Media, Blogger, Facebooker, jurugambar, ahli-ahli pakar dan lain-lain.

( **Semua di atas, hanya orang yang mempunyai kuasa atau diberi kebenaran oleh organisasi masing-masing untuk menyebar maklumat bencana dan kecemasan. Orang awam yang berkongsi maklumat kejadian yang berlaku di depan matanya dikecualikan dalam syarat ini. ** )
2. Apakah kerja-kerja sukarelawan ?

- Memeberi maklumat bencana atau kejadian kecemasan serius yang berlaku dalam Negara Malaysia atau kejadian di Negara jiran yang mungkin melibatkan bantuan Malaysia atau mempunyai risiko bahaya terhadap Malaysia.

- Upload Gambar, Data dan info bencana dan kejadian kecemasan.

- Kongsi pengalaman dan pengetahuan dalam kerja-kerja operasi dan pengurusan bencana.

- Sukarelawan akan dilantik sebagai "Page Moderator".

- Tak payah paksa diri, hanya kongsi apa yang belaku berdekatan anda.

3. Syarat-syarat :

- Hanya bagi maklumat kejadian yang benar-benar terjadi atau akan menjadi.

- Hebahan Rasmi oleh mana-mana agensi kerajaan berkaitan bencana atau kecemasan.

- Semua info kejadian perlu mendapatkan pengesahan dari pihak berkaitan atau sukarelawan sendiri berada di tempat kejadian.

- Maklumat yang dikongsi dalam page tidak melibatkan politik.

- Admin page ada kuasa untuk memadam sebarang post yang dianggap tidak sesuai untuk page ini.

- Jika maklumat palsu disebarkan oleh sukarelawan dalam page ini, maka status moderator akan dibatalkan. Jika sabit kesalahan mana-mana undang-undang Malaysia atau di luar Malaysia, page Admin boleh mendedahkan indentiti sukarelawan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

- Maklumat yang di"share" dari pihak ke-3 boleh diterima jika disahkan kejadian benar berlaku.

- Semua maklumat, data, gambar, info dan lain-lain yang di Post dalam page ini dianggap tiada halangan kepada pihak ke-3 untuk menyebarkan atau menggunakannya bagi tujuan hebahan rasmi, kajian, bahan pengajaran dan rekod.

- Sukarelawan tidak boleh memungut atau meminta sumbangan berbentuk tunai atau barangan dari mana-mana pihak atau orang perseorangan.

4. Ganjaran
- Tiada ! Buat secara sukarela sahaja !
( Tak apa lah ! Kalau bersempat bertemu dengan page owner, boleh minta belanja kopi ya ! )

** Page owner dan Admin boleh menukar apa-apa syarat diatas jika berfikir perlu **

=====================================================

Kalau berminat dan ada banyak masa luang yang ingin buat sesuatu secara sukarela, maka anda boleh hantar Private Message kepada Page Admin untuk tawarkan anda.

Maklumat peribadi Sukarelawan perlu disertai seperti :
a. Nama Penuh ( Seperti Dalam Kad Pengenalan )
b. Nama panggilan / digital
c. Umur
d. Jantina
e. Negeri / Daerah / Bandar
f. Nombor Telefon ( Panggilan, SMS, Whatsapp, WeChat, Telegram)
g. Alamat Emel
h. Anggota Agensi / Pertubuhan
i. Callsign Radio ( Ham Operator sahaja )
j. Alamat laman FB
k. Alamat Blog / News Portal / Website ( Jika ada )
l. Lain-lain jika berfikir nak bagi tahu Admin.

No comments:

Post a Comment