
Mesyuarat telah diadakan di Rumah Kelab MARES dan dihadiri oleh beberapa orang ‘key personal’ yang merupakan pengasas dan penggerak MARL sejak ianya mula ditubuhkan. Antara aktiviti yang dirancang ialah:
- World Amateur Radio Day (WARD), setiap tahun disambut pada 18 April. MARL akan melaksanakan aktiviti Malaysia 40 meter Net pada hari berkenaan sebagai tanda peringatan dan sambutannya.
- Malaysian Simulation Emergency Test (MySET). Dirancangkan akan dianjurkan pada 27 April 20
19 dan butiran serta arahan terperinci akan dikeluarkan dalam jangka masa terdekat.
- MARL VHF and UHF CQ Contest. Aktiviti ini yang julung-julang kali akan dianjurkan pada 13 Julai 2019 dan butiran dan arahan lanjut akan dipersiapkan dan akan dihebahkan kepada semua rakan radio amatur, sama ada persatuan, kelab atau individu.
- National Field Day yang dianjurkan pada setiap tahun, 16 September akan diteruskan seperti tahun-tahun yang sebelumnya.
- Amateur Radio Reunion Day (ARRD). Setelah diperbincangkan, ARRD akan dianjurkan pada tahun hadapan, 2020 dan perbincangan terperinci akan dilaksanakan.
Demikanlah catatan ringkas terhadap aktiviti yang dirangka dan dirancangkan. Mudah-mudahan akan lebih menyerlah aktiviti dan perjuangan terhadap radio amatur. Selamat berjuang.
No comments:
Post a Comment