VISITOR COUNTER

Monday, August 3, 2015

Mesyuarat Ajk MARL

Mesyuarat Jawatankuasa MARL Bil 2/2015 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 16hb Ogos 2015 Hari: Ahad
Tempat: Bilik Bunga Mawar Ibupejabat MBPJ
Masa: 5.00 petang

* Notis dan agenda akan diposkan dan diemailkan kemudian
* Semua Ahli Jawatankuasa diwajibkan hadir.

Monday, July 27, 2015

Festival Pengakap Penghujung Benua Asia Peringkat Kebangsaan 2015

SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian telah mengundang JASRA untuk mengadakan Pameran serta Akitviti Radio Amatur sempena Festival Pengakap Penghujung Benua Asia Peringkat Kebangsaan 2015 bersempena Sambutan Jubli Emas SMK Dato' Penggawa Barat, pada 28-31 Ogos 2015 bertempat di Padang Kejora, SMK Dato' Penggawa Barat. Rakan2 HAM yang ingin turut serta, sila hubungi 9W2DCW, Saudara Mohd Saiful ( 01132182729), Pengerusi Perhubungan JASRA Daerah Pontian.

Saturday, July 11, 2015

ILLW 2015

MARL telah menerima undangan daripada Jabatan Laut Malaysia untuk mengadakan Pameran Radio Amatur dan DXing ILLW, sempena Hari Terbuka Rumahapi, di Fort Cornwallis, Pulau Pinang pada 15-16/8/2015. Rakan2 Ham yang berkelapangan dan berkesudian di jemput hadir memeriahkan program yang diadakan. Sebarang penyertaan untuk DXing, sila berhubung dengan 9W2BZW, Saudara Bob, 017 299 5365.

Monday, June 29, 2015

REPEATER U JASRA JOHOR BAHRU

Terkini : Repeater Jasra menggunakan Frekuensi " U ", telah di pasang di Bandaraya Johor Bahru dan dalam sessi percubaan. Sila guna frekuensi 439.650, shift -5.000, tone 127.3.

Sunday, June 21, 2015

SUKARELAWAN KONVENSYEN RADIO AMATUR 2015

KONVENSYEN RADIO AMATUR 2015 adalah di jangkakan akan di adakan PADA 14-15/11/2015, dengan kolibrasi Universiti Teknoloji Malaysia pada penghujung tahun ini. Rakan2 Ham yang ingin menjadi sukarelawan didalam program ini, sial hubungi 9W2HOZ ( 019 777 0435 / 016 716 6515).

Friday, June 19, 2015

SAHUR 2M NET

JASRA menangguhkan acara 2M Net mingguan pada setiap Hari RABU. Sebaliknya kami menggantikannya pula kepada "Sahur Net" setiap hari dalam bulan Ramadhan bermula pukul 4:00 pagi. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700, Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK 9M4GJS-R. Net akan di kendalikan oleh Biro 2M Net Jasra
Kami akan menerapkan konsep "KISS" (Keep it short and simple) sepanjang menjalankan net. Kami tidak menggalakkan ucapan panjang. Anda hanya perlukan nyatakan callsign, holder, kuasa memancar dan QTH. Dengan itu lebih ramai rakan-rakan terutama QRP station dan mobile station akan dapat turut serta.
Penyertaan anda menceriakan acara tersebut adalah di hargai.
TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA.

Tuesday, May 5, 2015

KELAS RAE bagi peperiksaan RAE 11/6/2015

KELAS RAE bagi peperiksaan RAE 11/6/2015, akan diadakan pada setiap Hari Jumaat & Sabtu, mulai 8/5/2015, yang akan di kendalikan oleh 9W2JOC, Pak Arab. Sesiapa yang berminat, sila hubungi beliau di 012 7804040.