CHECKIN JASRA ENGLISH SESSION 2M NET - EVERY SATRURDAY NIGHT - 9pm
VISITOR COUNTER
Wednesday, April 30, 2014
JASRA 2M NET -30/4/2014
JASRA
JOHOR TELAH mengadakan Acara 2M Net, pada malam, 30/4/2014, Hari Rabu,
jam 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700,
Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK
9M4GJS-R. Net Controller: 9W2JCG. QRA: Saudara Pak Rani. QTH: Bandaraya
Johor Bahru. Penyertaan anda didalam menceriakan acara tersebut adalah
di hargai. Seramai 60 checkin telah di catat. TERIMA KASIH DI ATAS
SOKONGAN ANDA
Saturday, April 26, 2014
KONVENSYEN RADIO AMATUR 2014
KONVENSYEN
RADIO AMATUR 2014 anjuran MARL dengan kerjasama KERAK, SQUAD99, AKRAB DAN ARKB, dijangkakan akan diadakan di KUANTAN, PAHANG,
DARUL MAKMUR pada akhir tahun ini. Nantikan kehadiran VVIP di majlis
ini. Pastikan anda hadir, jika tidak mahu ketinggalan didalam arus
pembangunan radio amatur di rantau ini.
Friday, April 25, 2014
SEKOLAH ANAK ANGKAT JASRA
SMK
SRI MEDAN BATU PAHAT, telah dilterima sebagai sekolah anak angkat JASRA.
Semuga dapat melahirkan pengiat radio amatur (HAM) yang lebih ramai dan
aktif didalam aktiviti2 HAM, terutamanya didalam bantuan kommunikasi
bencana. Sekolah dibawah seliaan Pengerusi Perhubungan JASRA Daerah Batu
Pahat.
PAMERAN RADIO AMATUR - 26/4/2014
JASRA
PERHUBUNGAN DAERAH BATUPAHAT akan mengadakan PAMERAN RADIO AMATUR di
SMK SRI MEDAN, BATUPAHAT, pada Hari Sabtu, 26/4/2014, dari jam 9.00 pagi
- 5.00 ptg, sempenna HARI KOKORIKULUM. Rakan2 HAM diundang hadir ke
sana untuk memeriahkan program.
Happy Birthday Sig Guglielmo Marconi !
Happy Birthday Sig Guglielmo Marconi ! #hamradio
Guglielmo Marconi, 1st Marquis of Marconi (Italian: [ɡuʎˈʎɛːlmo maɾˈkoːni]; 25 April 1874 – 20 July 1937) was an Italian inventor and electrical engineer, known for his pioneering work on long-distance radio transmission[1] and for his development of Marconi's law and a radio telegraph system. Marconi is often[quantify] credited as the inventor of radio, and he shared the 1909 Nobel Prize in Physics with Karl Ferdinand Braun "in recognition of their contributions to the development of wireless telegraphy".[2][3][4] An entrepreneur, businessman, and founder in Britain in 1897 of The Wireless Telegraph & Signal Company (which became the Marconi Company), Marconi succeeded in making a commercial success of radio by innovating and building on the work of previous experimenters and physicists.[5][6] In 1924 the King of Italy ennobled Marconi as a Marchese (marquis).
http://en.wikipedia.org/wiki/Guglielmo_Marconi

Wednesday, April 23, 2014
JASRA 2M NET - 23/4/2014
JASRA JOHOR AKAN mengadakan Acara 2M Net, pada malam, 23/4/2014, Hari
Rabu, jam 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700,
Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau
ECHOLINK 9M4GJS-R. Penyertaan anda didalam menceriakan acara tersebut
adalah di hargai. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA
Tuesday, April 22, 2014
KELAS RAE SESSI PERTAMA 2014
JASRA JOHOR akan mengadakan KELAS RAE SESSI PERTAMA 2014 di No 57, Bangunan Ozzdong, Jalan Kuning2, Taman Pelangi, Johor Bahru.Sehinggaposting ini, telah ada 30 orang ( Ahli Johor Bikers ), yang akan turut serta. Bayaran yang dikenakan adalah RM 30.00 (Nota) & RM 50.00 (Kelas) bagi bukan ahli, RM 30.00 untuk ahli JASRA. Sila hubungi Setiausaha Kerja JASRA, 9M2BAL (0199244284) untuk keterangan lanjut.
https://docs.google.com/forms/d/12Sr_IcvZUJ9iOEjKhem0qnxKkpQhxJZKAQWuDACX03g/viewform

CORETAN 9M2 AU - AZIZ NOR
CORETAN 9M2AU - Aziz Nor
Sejarah Yang Di Lupakan
Ramai dari antara kita hari ini, terutama sekali bagi mereka yang memiliki lesen radio amatur di era 2001 keatas sudah lupa sejarah silam ..sehingga ada antara Ham pada hari ini mengatakan SWL tidak lagi releven...Sementara itu tidak kurang pula ada yang mengatakan CW pun tidak releven pada abad ini.
Sebelum merdeka radio amatur adalah antara yang pertama memancar rancangan (“programmes”) Kepada orang ramai (‘general public’) sejak tahun 1928 sebelum ujudnya Radio Malaya dan Radio Singapura (SBC). Richard Early VS1AB adalah antara orang yang pertama memancar di ikuti dengan VS1AD pada tahun 1930.
Tiada siapa yang menduga pada ketika itu pancaran Radio menjadi popular. Hari ini hanya segelintir masyarakat yang tahu ujudnya stesyen-stesyen radio, hari ini adalah hasil usaha radio amatur yang lalu. Beberapa kumpulan radio amatur telah menubuhkan persatuan radio amatur iaitu di Perak dan Selangor pada tahun 1947 dan pada tahun 1952 Malayan Amateur Radio Transmitters Society di tubuhkan dan didaftarkan. Sehingga tahun 1996 terdapat lebih kurang 300 Radio Amatur yang mempunyai isyarat panggilan dan terdapat lebih kurang 200 lebih SWL. Ini kerana ketika itu hanya lesen Kelas A sahaja tidak ada lesen kelas B.
Bagaimana ujudnya Lesen kelas B.
Pada tahun 1982 kalau tidak silap penulis disuatu masyuarat AJK Marts 9M2AV (Avatar Singh) mengesyorkan agar diujudkan lesen Novice. Perkara ini tidak mendapat sambutan kemudian di awal tahun 90han. 9M2ZA, 9M2SS, 9M2RS dll buat kertas kerja mengenai perkara ini dan hantar ke pihak Jabatan Telekom Malaysia yang pada ketika itu mengawal selia perkara ini. Mereka memohon agar mana-mana individu yang lulus ujian RAE boleh bekerja di frequency 6meter, 2meter, 70cm dan ketas....Namun beberapa tahun kemudian pihak JTM (JABATAN. TELEKOM MALAYSIA) memberi jawapan Kelas B hanya boleh bekerja di Freq. 144.600 Mhz sahaja. Kemudian pihak Marts merayu agar di bukakan lain2 freq. saperti mana yang mereka pohon. Satelah itu pihak JTM memberi kelongaran menyatakan kelas B boleh bekerja di Freq. 144.000 - 148.000Mhz dengan kuasa pancaran 5 Watts sahaja. Kemudian Marts sekali lagi merayu. Akhirnya JTM memberikan kelonggaran sekali lagi dimana mereka benarkan bekerja di Freq. 144.000 - 148.000Mhz dgn kuasa pancaran 10Watts sahaja. Dan menyatakan pihak JTM ingin melihat bagaimana Radio Amatur boleh berkelakuan baik dalam mengendalikan peralatan Radio Komunikasi dan mereka menyatakan satelah berpuashati dengan tingkah laku Radio Amatur mereka akan berikan kelonggaran lagi. Atas alasan ini pihak MARTS bersetuju dengan pandangan JTM ini.
Lesen Kelas B di luluskan pada tahun 1996. Satelah lesen kelas B diujudkan pada tahun 1996 hanya lebih kurang 100 lebih orang sahaja yang berdaftar dan tanda panggil 9Ws diberikan kepada pemegang lessen kelas B.
Pada ketika itu Jabatan Telekom Malaysia dipertanggung jawabkan mengawal selia dan mengeluarkan lessen Radio Amatur. Pada tahun 1998 Jabatan Telekom Malaysia di mansuhkan dan digantikan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sejak tahun 1998 sehingga tahun 2001 tidak ada ujian Radio Amatur ini menyebabkan pada ketika itu tidak ada perkembangan RA pada tahun 2001 barulah pihak SKMM ujudkan ujian RAE.
Pada masa yang sama juga ujian CW juga iaitu dari tahun 1998 hingga 2005 tidak diujudkan….dan ini menyebabkan 9Ms callsign tidak bertambah. Alhamdulilah pada penghujung tahun 2005 atas keprihatinan 9M2RS,9M2SZ & 9M2AU mereka telah membuat satu kertas kerja dan melawat Sekolah Latihan Semboyan Sg Besi dan berjumpa beberapa kali dengan pihak SKMM. Maka pada hujung tahun 2005 SKMM mengadakan ujian CW, sejak tahun 2005 hingga lah sekarang ini terdapat lebih dari 100 orang telah lulus ujian tersebut dan ujudlah 9M2xxx ini suatu perkembangan yang baik sehingga kini terdapat lebih dari 8000 orang pemegang AA kelas A & B.
Cukai "Transceiver" Radio Amatur di Hapuskan
Satu lagi perkara yang dilupai oleh generasi Ham pada hari ini ialah pulupusan cukai kastam untuk alat “transceiver” perkara ini juga ramai diantara Ham pada hari ini tidak mengetahui siapakah orang-orang yang telah bekerja keras kearah ini. Mereka ialah 9M2RS, 9M2SS dan 9M2ZA. Pelupusan cukai bermula pada tahun 1996
Ham di tanah air harus berterima kasih pada mereka-mereka ini atas keperihatinan mereka atas semangat perjuangan mereka demi kebaikan seluruh Radio Amatur dimana mereka-mereka ini lah yang memperjuangkan dan menjaga kepentingan Radio Amatur tanah air mereka ini harus di beri penghargaan. Mereka tidak mengira masa dan wang ringgit bagi mereka Radio Amatur adalah menjadi darah daging kehidupan mereka, mereka ingin melihat anak muda yang akan datang menikmati sesuatu yang mereka tidak kecapi selama ini, mereka melaksanakan tugas-tugas mereka dengan tampa mengira masa dan ada ketikanya membelanjakan wang mereka sendiri bagi tujuan kita semua…bukan tujuan peribadi.
JOTA
Apa yang penulis ingat antara orang-orang lama yang membantu pengakap apabila diadakan program JOTA di KL ialah....9M2DS (Aruah Pak Dollah), 9M2GL (Aruah Hj Idris), sementara itu pembatu mereka ketika itu di awal 80han ialah SWL Sharanjit (9W2AA), SWL Wan Johari (9M2WJ) dan SWL Aziz ((9M2AU), sementara di utara pula ialah 9M2FK, Pembantu Pak Eshee pula ialah SWL Saito (9M2SX), 9M2LC, turut terlibat di tahun 90han 9M2MM, 9M2MP (9M2PZ), 9M2MZ, sementara di Melaka pula ialah 9M2WT, sementara di Johor pula 9M2DW (Aruah Dato Tan) di bantu oleh SWL Deen Atan (9M2DA) dan lain-lain lagi yang turut membantu.....maaf saya terlupa nama2 dan isyarat panggil yang lain....Mereka-mereka ini harus kita ucapkan ribuan terima kasih diatas penglibatan mereka dalam mengerakan Radio Amatur di peringkat Nasional.
Suka penulis ingatkan disini juga pada tahun 2003 atau 2004 pihak MARES pertama kali memperkenalkan Radio Amatur kepada Pusat Ko-Korikulum Kementerian Pendidikan. Antara mereka yang terlibat mengendalikan kursus khas Radio Amatur 3 hari dua malam di Pulau Besar ialah 9M2GL dan 9M2AU mereka bersama crew yang lain 9W2DE dan 9W2HZA atas kerjasama mereka ini lahirlah guru-guru kokurikulam yang memiliki Isyarat panggilan mereka sendiri....
Namun amat malang semua nya di lupakan bukan saje mereka ini dilupakan namun lebih ketara ada sebahagian di antara Ham hari ini yang mencela di belakang mereka……Mengapa ada antara kita yang tidak tahu menghargai manusia lain....Apakah ini fomula kehidupan kita........???

Monday, April 21, 2014
MESYUARAT KHAS AJK JASRA
MESYUARAT
KHAS AJK JASRA akan diadakan pada jam 11.00 pagi, 1 Mei 2014, bertempat
di No 57, Bangunan Ozzdong, Jalan Kuning 2, Taman Pelangi, Johor Bahru.
Kehadiran AJK di hargai.
Saturday, April 19, 2014
RADIO AMATUR DI MALAYSIA
Pendangan 9W2FG - Ashwar Aziz
Suatu ketika dahulu, penggemar radio amatur bersusah payah mengambil lesen radio amatur untuk mendalami ilmu radio amatur untuk penyelidikan, buat antenna, power supply, radio kecemasan dan dxing. Sayang sekali, radio amatur kini adalah tidak lebih sebagai komunikasi sekunder kepada telefon selular. Lesen dan kelebihan radio amatur juga hanya digunakan untuk hobi primer seperti konvoi kelab kelab kereta, rekreasi dan lain lain.
Dahulu, Ramai yang memasuki kelab dan persatuan radio amatur untuk aktif di dalam bidang-bidang radio amatur selain daripada bertukar-tukar ilmu radio amatur semasa eyeball. Sekarang, komitmen berpersatuan adalah tidak lebih daripada berpersatuan secara virtual dan online melalui media dan jaringan sosial. Perjumpaan dan aktiviti kelab tidak lagi mendapat penyertaan yang ramai apatah lagi jika kelab membuat mesyuarat agung tahunan. Aktiviti seperti ini tidak dianggap penting dan hanya membuang masa untuk pergi meredah kesesakan di jalan raya.
Dahulu, 9w akan 'mencari' old timers dan 9m untuk mendapatkan ilmu atau pengalaman orang lama, tidak kira jauh, malam atau siang. Sekarang, ramai yg memilih untuk menunggu dan mengharapkan ilmu datang menyembah bumi setelah post mesej 'kontek perdana' di FB, blog atau group Whatsapp.
Perbualan di repeater-repeater semakin rancak ala tele-conferencing dan corak bahasa negara jiran, amat kurang tatacara dan linggo radio ham yang sebenar digunakan. Pada suatu ketika dahulu, tidak kira persatuan atau kelab, kita merasa senang untuk QSO di mana-mana repeater sekali pun. Sekarang, repeater dan frekuensi adalah seperti hak mutlak dan pegangan kekal milik kelab hingga terasa cuak untuk bergabung di jaluran.
Di peringkat persatuan dan kelab pulak, disebabkan oleh seorang-dua yang fanatik kepada kelab, menyebabkan radio amatur berpuak-puak mengikut kelab. Secara individu jika berjumpa, sesama kita tiada masalah untuk berjabat tangan minum teh semeja tetapi apabila berpesatuan, sahutan untuk join venture buat aktiviti bersama atau bergabung dilihat lebih kepada negatif daripada kebaikan sedangkan setiap persatuan mempunyai statement "Kita x dak masalah untuk bekerjasama... Cumanya mereka yg tak nak..!"
Maaf, jika penelitian ini mengganggu gugat perasaan, tetapi inilah hakikat radio ham di Malaysia sekarang.
Persoalannya sekarang... Mahukah kita semua melihat ini berterusan? Mahukah kita berpeluk tubuh dan hanya petingkan diri sendiri? Mahukah kita lihat dunia radio amatur di Malaysia hanya hebat di facebook, whatsapp, blog dan internet?
Saya berpendapat dan berharap agar tuan-tuan dan puan-puan, terutama radio ham yang baru untuk sama-sama kembalikan kegemilangan radio ham Malaysia.
Ahli-ahli persatuan atau kelab eloklah hadir di dalam aktiviti anjuran kelab masing-masing. Sebulan sekali pon cukuplah. Tidak guna untuk masuk kelab atau persatuan hanya untuk hak menggunakan repeater atau sekadar nak dapat sticker kelab.
Selalu-selalulah libatkan diri dengan aktiviti seperti dxing, home brew antenna, aprs, emcomm dan banyak lagi melalui kelab atau group group radio ham di Malaysia. Banyak lagi faedah radio amatur selain dari bercakap dengan rakan-rakan secara percuma.
Interaksi antara radio ham dan antara kelab dengan kelab perlu diperbanyakkan kerana hanya dengan bersemuka minum teh sama-sama, kita dapat mengetahui sejarah, bertukar maklumat dan pandangan mengenai hal ehwal semasa radio amatur. Isu-isu dapat diselesaikan jika kita mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak daripada hanya mendengar dari suatu pihak sahaja. Rumusan dapat dibuat dengan lebih bernas dan positif.
Mari kita sama-sama kembalikan kegemilangan dunia radio amatur Malaysia dan sama-sama tentukan kesinambungan dan relevan radio amatur Malaysia di masa hadapan.
Wallahualam.

PERANAN DALAM PERSATUAN
PERANAN DALAM PERSATUAN
1. Penaung atau Penasihat
- Kedua-dua jawatan ini tidak memainkan peranan yang aktif dalam pengendalian persatuan, tetapi nasihat mereka akan diminta jika diperlukan.
- Penaung selalunya menjadi pelindung pada persatuan dan penjaga imej persatuan. Biasanya lebih besar dan terkenal sesebuah persatuan, maka Penaungnya juga merupakan orqang-orang kenamaan yang terkenal. Contohnya Persatuan Pandu Puteri Malaysia, penaungnya ialah Raja Permaisuri Agong.
2. Presiden / Yang DiPertua (Pengerusi)
Sebagai pemimpin, Presiden / Yang DiPertua (YDP) memainkan peranan penting dalam sesebuah persatuan atau pertubuhan tersebut. Beliau akan menjadi penggerak, teras dan sumber ilham serta memberi nafas baru terhadap kemajuan perjalanan dan perkembangan persatuannya. Antara lain tanggungjawab YDP adalah:
- Mestilah bersedia berbakti, mengambil tindakan serta bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang berbangkit dengan adil dan berkesan. YDP harus kreatif dan mempunyai kebolehan dalam menyelesaikan masalah.
- Bertanggungjawab menjayakan aktiviti persatuannya dan berperanan melaporkan kepada Penaung atau Penasihat. Juga memastikan jentera pentadbiran persatuan tidak menyeleweng dari dasar asal.
- Dapat menyatukan semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam semua aspek.
- Mempengerusikan semua mesyuarat agung dan mesyuarat ahli jawatankuasa, menguruskan pembahagian tugas ahli-ahli jawatankuasa serta menyelaraskan semua tugas dan kegiatan persatuan.
- Membuat penilaian, perancangan, dan menggubal dasar persatuan dari masa ke semasa agar pengurusan persatuan berjalan dengan lancar dan sempurna.
3. Timbalan Presiden / Naib Presiden / Naib Yang DiPertua
Adakalanya Timbalan Presiden / Naib Presiden /Naib Yang DiPertua (NYDP) dilantik seorang atau lebih bergantung kepada keperluan persatuan. Misalnya NYDP lelaki dan juga wanita. Ia bergantung kepada keperluan ahli dan mesti mengikut perlembagaan.
- Membantu segala tugas Presiden / Yang DiPertua.
- Memangku tugas YDP semasa ketiadaan beliau.
4. Setiausaha
Merupakan teras dan teraju persatuan dan sebagai nadi bagi menggerakkan sesebuah persatuan.
Umumnya beliau merupakan seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab dan berupaya memikul tugas yang berat dan mencabar. Antara lain peranan Setiausaha adalah:
- Menghidupkan dan memberi nafas baru kepada pertubuhan yang dianggotainya.
- Menjaga urusan jentera pentadbiran dan pengurusan persatuan.
- Berkewajipan menyelaraskan semua kegiatan dan projek yang dirancang.
- Bertanggungjawab dalam menyediakan minit, notis, agenda dan pelbagai laporan.
- Menguruskan surat menyurat, sistem fail, buku, stok alatulis, pekeliling dan sebagainya.
- Menguruskan tempahan dewan untuk mesyuarat, dan menyediakan pelbagai borang yang berkaitan dengan tugasnya.
- Hadir dalam setiap mesyuarat untuk mencatat minit dan jika tidak dapat hadir, tugas dilaksanakan oleh Penolong Setiausaha.
- Menandatangani semua cek dan baucer selain Presiden/YDP dan Bendahari.
- Menyediakan Laporan Mesyuarat / Mesyuarat Agung.
5. Penolong Setiausaha
Adakalanya persatuan perlu melantik seorang Penolong Setiausaha apabila program atau aktiviti yang akan dilaksanakan adalah besar, berat dan meluas. Lazimnya beliau akan membantu Setiausaha dan memangku jawatan tersebut apabila ketiadaan Setiausaha.
6. Bendahari
- Bertanggungjawab terhadap semua hal ehwal kewangan persatuan.
- Menandatangani semua cek dan baucer bersama-sama Presiden/YDP atau Setiausaha.
- Menjaga dan memastikan wang persatuan hanya digunakan untuk perkara yang berfaedah sahaja.
- Boleh menyimpan wang tunai tetapi dipastikan tidak melebihi apa yang dibenarkan oleh perlembagaan persatuan. Wang tunai yang lain atau cek diterima hendaklah dimasukkan dalam akaun persatuan.
- Memastikan perbelanjaan bagi sesuatu tahun tidak melebihi anggaran yang telah diluluskan oleh mesyuarat agung sebelumnya.
- Mengutip yuran bulanan atau tahunan dari ahli.
- Menyimpan buku penyata, buku akaun bank, buku cek, resit, buku wang keluar masuk dan buku wang tunai.
- Menyediakan Laporan Kewangan untuk Mesyuarat / Mesyuarat Agung
7. Ahli Jawatankuasa
Pemilihan ahli jawatankuasa biasanya dibuat dalam mesyuarat agung tahunan. Tugas mereka antara lain:
- Menghadiri semua mesyuarat persatuan.
- Menerima dan melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.
- Menyumbangkan idea, pendapat dan tenaga untuk menjayakan rancangan atau projek yang telah ditetapkan oleh persatuan.
- Boleh melantik ahli-ahli jawatankuasa kecil jika dirasakan perlu.
- Bersama-sama bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah dipersetujui dalam sesuatu mesyuarat.
Ahli jawatankuasa biasanya akan dijemput menghadiri mesyuarat dengan notis sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh mesyuarat. Seseorang ahli jawatankuasa yang tidak hadir mesyuarat tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan boleh dianggap sebagai telah meletak jawatan sebagai ahli jawatankuasa dan tindakan yang sah boleh diambil (jika perlu). Jika ada ahli jawatankuasa yang meninggal dunia, maka lantikan baru boleh dibuat.
8. Pemeriksa Kira-kira
Biasanya dua orang Pemeriksa Kira-kira yang tidak terdiri daripada pegawai dan ahli jawatankuasa akan dilantik dalam mesyuarat agung tahunan. Antara lain tugas mereka adalah:
- Memeriksa penyata kewangan persatuan bagi tempoh lantikan dan membuat laporan atau pengesahan untuk mesyuarat agung.
- Memeriksa penyata kewangan persatuan bagi mana-mana masa dalam tempoh jawatan mereka dan memberi laporan pada jawatankuasa pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh YDP.
9. Ahli Biasa
Biasanya ahli sesebuah persatuan terbuka kepada golongan tertentu yang mempunyai kepentingan bersama. Umumnya permohonan menjadi ahli persatuan dimajukan kepada Setiausaha dan seterusnya dipanjangkan kepada jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicara menolak mana-mana permohonan tanpa memberikan sebarang alasan. Sebagai ahli sebuah persatuan, antara tanggungjawab yang perlu dipenuhi adalah:
- Membayar yuran keahlian kepada Bendahari samada secara bulanan atau tahunan mengikut cara yang diamalkan oleh persatuan tersebut. Terdapat juga persatuan yang mengenakan bayaran seumur hidup iaitu dengan cara bayaran sekaligus sahaja.
- Memberi surat bertulis jika hendak berhenti menjadi ahli dan mebayar semua hutang-hutang yuran yang tertunggak jika ada.
- Membantu mengemaskan perjalanan mesyuarat jika diminta oleh Presiden / YDP atau Setiausaha seperti mengira undi, mencatat nama, menjadi penyambut tetamu, menyediakan jamuan dan sebagainya.
- Menghadiri Mesyuarat Agung dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli.

AHLI LEMBAGA KOPERASI JASRA JOHOR BERHAD
TAHNIAH kepada AHLI
LEMBAGA KOPERASI yang telah dipilih didalam Mesyuarat Agung Permulaan :
(1) 9W2USM, (2) 9W2BYX (3) 9W2LCM (4) 9W2BDT (5) 9W2LBY (6) 9W2MBJ (7)
9W2GMI (8) 9W2TYL (9) 9M2NZI.
Thursday, April 17, 2014
HARI RADIO AMATUR SEDUNIA
"
SELAMAT MENYAMBUT HARI RADIO AMATUR SEDUNIA " pada 18 hb April 2014.
Semuga pembangunan radio amatur di Malaysia akan bertambah berkembang
dan maju.
Wednesday, April 16, 2014
Tuesday, April 15, 2014
JASRA 2M NET - 16/4/2014
JASRA
JOHOR AKAN mengadakan Acara 2M Net, pada malam, 16/4/2014, Hari Rabu,
jam 9.00 malam. Penyertaan melalui JASRA LINKING - Ledang 147.700,
Banang 145.700, Pulai 146.650; ( Offset -0.6, Tone 127.3 ) atau ECHOLINK
9M4GJS-R. Net Controller: 9W2BPQ QRA: KAK RAHMAHWATI. QTH: PARIT RAJA,
BATU PAHAT. Penyertaan anda didalam menceriakan acara tersebut adalah di
hargai. TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA
Sunday, April 13, 2014
Pameran radio amatur sempena program Karnival Fiesta Mesra Belia dan Info Komuniti 1Malaysia
Komuniti
Radio Amatur Daerah Kuala Kangsar dengan kerjasama Perak Amateur Radio
Transmit Society (PARTS) akan mengadakan pameran radio amatur sempena
program Karnival Fiesta Mesra Belia dan Info Komuniti 1Malaysia di
Dataran Lembah Sg. Perak pada 12 dan 13 April 2014. Mana-mana rakan
radio amatur yang berkelapangan dijemput hadir untuk memeriahkan
program. Pelbagai aktiviti juga diadakan pada program tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)