CORETAN 9M2AU - Aziz Nor
Sejarah Yang Di Lupakan
Ramai
 dari antara kita hari ini, terutama sekali bagi mereka yang memiliki 
lesen radio amatur di era 2001 keatas sudah lupa sejarah silam 
..sehingga ada antara Ham pada hari ini mengatakan SWL tidak lagi 
releven...Sementara itu tidak kurang pula ada yang mengatakan CW pun 
tidak releven pada abad ini.
Sebelum merdeka radio amatur adalah 
antara yang pertama memancar rancangan (“programmes”) Kepada orang ramai
 (‘general public’) sejak tahun 1928 sebelum ujudnya Radio Malaya dan 
Radio Singapura (SBC). Richard Early VS1AB adalah antara orang yang 
pertama memancar di ikuti dengan VS1AD pada tahun 1930.
Tiada 
siapa yang menduga pada ketika itu pancaran Radio menjadi popular. Hari 
ini hanya segelintir masyarakat yang tahu ujudnya stesyen-stesyen radio,
 hari ini adalah hasil usaha radio amatur yang lalu. Beberapa kumpulan 
radio amatur telah menubuhkan persatuan radio amatur iaitu di Perak dan 
Selangor pada tahun 1947 dan pada tahun 1952 Malayan Amateur Radio 
Transmitters Society di tubuhkan dan didaftarkan. Sehingga tahun 1996 
terdapat lebih kurang 300 Radio Amatur yang mempunyai isyarat panggilan 
dan terdapat lebih kurang 200 lebih SWL. Ini kerana ketika itu hanya 
lesen Kelas A sahaja tidak ada lesen kelas B.
Bagaimana ujudnya Lesen kelas B.
Pada
 tahun 1982 kalau tidak silap penulis disuatu masyuarat AJK Marts 9M2AV 
(Avatar Singh) mengesyorkan agar diujudkan lesen Novice. Perkara ini 
tidak mendapat sambutan kemudian di awal tahun 90han. 9M2ZA, 9M2SS, 
9M2RS dll buat kertas kerja mengenai perkara ini dan hantar ke pihak 
Jabatan Telekom Malaysia yang pada ketika itu mengawal selia perkara 
ini. Mereka memohon agar mana-mana individu yang lulus ujian RAE boleh 
bekerja di frequency 6meter, 2meter, 70cm dan ketas....Namun beberapa 
tahun kemudian pihak JTM (JABATAN. TELEKOM MALAYSIA) memberi jawapan 
Kelas B hanya boleh bekerja di Freq. 144.600 Mhz sahaja. Kemudian pihak 
Marts merayu agar di bukakan lain2 freq. saperti mana yang mereka pohon.
 Satelah itu pihak JTM memberi kelongaran menyatakan kelas B boleh 
bekerja di Freq. 144.000 - 148.000Mhz dengan kuasa pancaran 5 Watts 
sahaja. Kemudian Marts sekali lagi merayu. Akhirnya JTM memberikan 
kelonggaran sekali lagi dimana mereka benarkan bekerja di Freq. 144.000 -
 148.000Mhz dgn kuasa pancaran 10Watts sahaja. Dan menyatakan pihak JTM 
ingin melihat bagaimana Radio Amatur boleh berkelakuan baik dalam 
mengendalikan peralatan Radio Komunikasi dan mereka menyatakan satelah 
berpuashati dengan tingkah laku Radio Amatur mereka akan berikan 
kelonggaran lagi. Atas alasan ini pihak MARTS bersetuju dengan pandangan
 JTM ini.
Lesen Kelas B di luluskan pada tahun 1996. Satelah 
lesen kelas B diujudkan pada tahun 1996 hanya lebih kurang 100 lebih 
orang sahaja yang berdaftar dan tanda panggil 9Ws diberikan kepada 
pemegang lessen kelas B.
Pada ketika itu Jabatan Telekom Malaysia
 dipertanggung jawabkan mengawal selia dan mengeluarkan lessen Radio 
Amatur. Pada tahun 1998 Jabatan Telekom Malaysia di mansuhkan dan 
digantikan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Sejak 
tahun 1998 sehingga tahun 2001 tidak ada ujian Radio Amatur ini 
menyebabkan pada ketika itu tidak ada perkembangan RA pada tahun 2001 
barulah pihak SKMM ujudkan ujian RAE.
Pada masa yang sama juga 
ujian CW juga iaitu dari tahun 1998 hingga 2005 tidak diujudkan….dan ini
 menyebabkan 9Ms callsign tidak bertambah. Alhamdulilah pada penghujung 
tahun 2005 atas keprihatinan 9M2RS,9M2SZ & 9M2AU mereka telah 
membuat satu kertas kerja dan melawat Sekolah Latihan Semboyan Sg Besi 
dan berjumpa beberapa kali dengan pihak SKMM. Maka pada hujung tahun 
2005 SKMM mengadakan ujian CW, sejak tahun 2005 hingga lah sekarang ini 
terdapat lebih dari 100 orang telah lulus ujian tersebut dan ujudlah 
9M2xxx ini suatu perkembangan yang baik sehingga kini terdapat lebih 
dari 8000 orang pemegang AA kelas A & B.
Cukai "Transceiver" Radio Amatur di Hapuskan
Satu
 lagi perkara yang dilupai oleh generasi Ham pada hari ini ialah 
pulupusan cukai kastam untuk alat “transceiver” perkara ini juga ramai 
diantara Ham pada hari ini tidak mengetahui siapakah orang-orang yang 
telah bekerja keras kearah ini. Mereka ialah 9M2RS, 9M2SS dan 9M2ZA. 
Pelupusan cukai bermula pada tahun 1996
Ham di tanah air harus 
berterima kasih pada mereka-mereka ini atas keperihatinan mereka atas 
semangat perjuangan mereka demi kebaikan seluruh Radio Amatur dimana 
mereka-mereka ini lah yang memperjuangkan dan menjaga kepentingan Radio 
Amatur tanah air mereka ini harus di beri penghargaan. Mereka tidak 
mengira masa dan wang ringgit bagi mereka Radio Amatur adalah menjadi 
darah daging kehidupan mereka, mereka ingin melihat anak muda yang akan 
datang menikmati sesuatu yang mereka tidak kecapi selama ini, mereka 
melaksanakan tugas-tugas mereka dengan tampa mengira masa dan ada 
ketikanya membelanjakan wang mereka sendiri bagi tujuan kita semua…bukan
 tujuan peribadi.
JOTA
Apa yang penulis ingat antara 
orang-orang lama yang membantu pengakap apabila diadakan program JOTA di
 KL ialah....9M2DS (Aruah Pak Dollah), 9M2GL (Aruah Hj Idris), sementara
 itu pembatu mereka ketika itu di awal 80han ialah SWL Sharanjit 
(9W2AA), SWL Wan Johari (9M2WJ) dan SWL Aziz ((9M2AU), sementara di 
utara pula ialah 9M2FK, Pembantu Pak Eshee pula ialah SWL Saito (9M2SX),
 9M2LC, turut terlibat di tahun 90han 9M2MM, 9M2MP (9M2PZ), 9M2MZ, 
sementara di Melaka pula ialah 9M2WT, sementara di Johor pula 9M2DW 
(Aruah Dato Tan) di bantu oleh SWL Deen Atan (9M2DA) dan lain-lain lagi 
yang turut membantu.....maaf saya terlupa nama2 dan isyarat panggil yang
 lain....Mereka-mereka ini harus kita ucapkan ribuan terima kasih diatas
 penglibatan mereka dalam mengerakan Radio Amatur di peringkat Nasional.
Suka
 penulis ingatkan disini juga pada tahun 2003 atau 2004 pihak MARES 
pertama kali memperkenalkan Radio Amatur kepada Pusat Ko-Korikulum 
Kementerian Pendidikan. Antara mereka yang terlibat mengendalikan kursus
 khas Radio Amatur 3 hari dua malam di Pulau Besar ialah 9M2GL dan 9M2AU
 mereka bersama crew yang lain 9W2DE dan 9W2HZA atas kerjasama mereka 
ini lahirlah guru-guru kokurikulam yang memiliki Isyarat panggilan 
mereka sendiri....
Namun amat malang semua nya di lupakan bukan 
saje mereka ini dilupakan namun lebih ketara ada sebahagian di antara 
Ham hari ini yang mencela di belakang mereka……Mengapa ada antara kita 
yang tidak tahu menghargai manusia lain....Apakah ini fomula kehidupan 
kita........???
 
 
No comments:
Post a Comment