Pendangan 9W2FG - Ashwar Aziz
 
 Suatu ketika dahulu, penggemar radio amatur bersusah payah mengambil 
lesen radio amatur untuk mendalami ilmu radio amatur untuk penyelidikan,
 buat antenna, power supply, radio kecemasan dan dxing. Sayang sekali, 
radio amatur kini adalah tidak lebih sebagai komunikasi sekunder kepada 
telefon selular. Lesen dan kelebihan radio amatur juga hanya digunakan 
untuk hobi primer seperti konvoi kelab kelab kereta, rekreasi dan lain lain.
 
 Dahulu, Ramai yang memasuki kelab dan persatuan radio amatur untuk 
aktif di dalam bidang-bidang radio amatur selain daripada bertukar-tukar
 ilmu radio amatur semasa eyeball. Sekarang, komitmen berpersatuan 
adalah tidak lebih daripada berpersatuan secara virtual dan online 
melalui media dan jaringan sosial. Perjumpaan dan aktiviti kelab tidak 
lagi mendapat penyertaan yang ramai apatah lagi jika kelab membuat 
mesyuarat agung tahunan. Aktiviti seperti ini tidak dianggap penting dan
 hanya membuang masa untuk pergi meredah kesesakan di jalan raya.
 
 Dahulu, 9w akan 'mencari' old timers dan 9m untuk mendapatkan ilmu atau
 pengalaman orang lama, tidak kira jauh, malam atau siang. Sekarang, 
ramai yg memilih untuk menunggu dan mengharapkan ilmu datang menyembah 
bumi setelah post mesej 'kontek perdana' di FB, blog atau group 
Whatsapp.
 
 Perbualan di repeater-repeater semakin rancak ala 
tele-conferencing dan corak bahasa negara jiran, amat kurang tatacara 
dan linggo radio ham yang sebenar digunakan. Pada suatu ketika dahulu, 
tidak kira persatuan atau kelab, kita merasa senang untuk QSO di 
mana-mana repeater sekali pun. Sekarang, repeater dan frekuensi adalah 
seperti hak mutlak dan pegangan kekal milik kelab hingga terasa cuak 
untuk bergabung di jaluran.
 
 Di peringkat persatuan dan kelab 
pulak, disebabkan oleh seorang-dua yang fanatik kepada kelab, 
menyebabkan radio amatur berpuak-puak mengikut kelab. Secara individu 
jika berjumpa, sesama kita tiada masalah untuk berjabat tangan minum teh
 semeja tetapi apabila berpesatuan, sahutan untuk join venture buat 
aktiviti bersama atau bergabung dilihat lebih kepada negatif daripada 
kebaikan sedangkan setiap persatuan mempunyai statement "Kita x dak 
masalah untuk bekerjasama... Cumanya mereka yg tak nak..!"
 
 Maaf, jika penelitian ini mengganggu gugat perasaan, tetapi inilah hakikat radio ham di Malaysia sekarang.
 
 Persoalannya sekarang... Mahukah kita semua melihat ini berterusan? 
Mahukah kita berpeluk tubuh dan hanya petingkan diri sendiri? Mahukah 
kita lihat dunia radio amatur di Malaysia hanya hebat di facebook, 
whatsapp, blog dan internet?
 
 Saya berpendapat dan berharap agar
 tuan-tuan dan puan-puan, terutama radio ham yang baru untuk sama-sama 
kembalikan kegemilangan radio ham Malaysia.
 
 Ahli-ahli persatuan
 atau kelab eloklah hadir di dalam aktiviti anjuran kelab masing-masing.
 Sebulan sekali pon cukuplah. Tidak guna untuk masuk kelab atau 
persatuan hanya untuk hak menggunakan repeater atau sekadar nak dapat 
sticker kelab.
 
 Selalu-selalulah libatkan diri dengan aktiviti 
seperti dxing, home brew antenna, aprs, emcomm dan banyak lagi melalui 
kelab atau group group radio ham di Malaysia. Banyak lagi faedah radio 
amatur selain dari bercakap dengan rakan-rakan secara percuma.
 
 
Interaksi antara radio ham dan antara kelab dengan kelab perlu 
diperbanyakkan kerana hanya dengan bersemuka minum teh sama-sama, kita 
dapat mengetahui sejarah, bertukar maklumat dan pandangan mengenai hal 
ehwal semasa radio amatur. Isu-isu dapat diselesaikan jika kita 
mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak daripada hanya mendengar dari 
suatu pihak sahaja. Rumusan dapat dibuat dengan lebih bernas dan 
positif.
 
 Mari kita sama-sama kembalikan kegemilangan dunia 
radio amatur Malaysia dan sama-sama tentukan kesinambungan dan relevan 
radio amatur Malaysia di masa hadapan.
 
 Wallahualam.
 
 
No comments:
Post a Comment